Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Peguam, Aktivis Fail Saman...

Kuala Lumpur : Dua peguam dan seorang aktivis memfailkan saman pemula terhadap Kerajaan...

Skuad Tinju Tekad Sumbang...

KUALA LUMPUR - Skuad tinju kebangsaan bertekad untuk menyumbangkan pingat pada Sukan SEA...

Haramkan PUBG Di Malaysia!

SEBANYAK 58 peratus daripada 206,000 responden yang menyertai undian di Facebook (FB) Harian...

Shabani Gorila Kacak

NAYOGA - Seekor gorila menjadi popular di sebuah zoo di bandar ini selepas...

Harimau Malaya Berjaya Jika Pengurusan Berubah – TMJ

KUALA LUMPUR – Prestasi dan komitmen pemain skuad kebangsaan akan jadi lebih mantap dan hebat hanya dalam tempoh tiga bulan jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berani mengubah pengurusan pasukan bola sepak negara.

Justeru, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail berharap perubahan itu akan dilakukan segera selepas Kejohanan Piala AFF Suzuki tamat musim ini bagi meningkatkan mutu dan prestasi pasukan kebangsaan yang sudah berpuluh tahun merundum.

“Bagi saya, ini sepatutnya adalah pertandingan yang terakhir sekali dan harapan agar selepas Kejohanan AFF Suzuki ini akan ada perubahan dalam sistem pentadbiran.

“Mereka perlu tumpukan perhatian pada pasukan kebangsaan dan juga Liga Malaysia. Sekiranya tahap liga kita ada peningkatan, ia pasti akan membantu meningkatkan mutu dan prestasi pasukan kebangsaan,” titah baginda dalam satu kenyataan harii ini.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bagaimanapun menyerahkan cadangan itu kepada keputusan FAM kerana badan induk itu dianggap lebih arif dalam hal tersebut.

Baginda dalam pada itu menyelar pegawai-pegawai dalam FAM kerana seolah-olah melepaskan segala tanggungjawab bola sepak negara dipikul sendirian oleh Presidennya.Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.


Baginda mempersoalkan sama ada pegawai-pegawai yang diamanahkan oleh Presiden FAM untuk menjalankan tanggungjawab itu hanya sekadar mengejar kepentingan peribadi.

“Takkan berharap kepada Presiden FAM sahaja untuk melakukan semua tugas. Semua pihak yang lain haruslah memainkan peranan masing-masing dengan baik demi kemajuan bola sepak negara,” titah baginda.

Tunku Ismail turut mengkritik presiden persatuan bola sepak negeri lain hanya pandai bercakap tetapi tidak pernah menyuarakan pendapat kepada FAM.

“Adakah mereka hanya ditempat masing-masing untuk kepentingan peribadi atau betul-betul nak majukan bola sepak dalam negara? Mana yang lain?,” soal baginda. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori