Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Warga Myanmar Ditemui Mati...

BUTTERWORTH - Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tetak di dahi...

Lelaki Dera Anak Dengan...

KEJAM…seorang lelaki yang mendera anak perempuannya yang baru berusia lima minggu dengan teruk...

Subsidi Bersasar RON95 Dilaksana...

KUALA LUMPUR: Pemberian subsidi bersasar RON95 dijangka dilaksanakan seawal tahun depan, kata Menteri...

Datuk Seri Noor Rashid...

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Noor Rashid...

Hishamuddin Rais Hantar Surat Tuntutan Pada Najib

Ekoran bukti perbuatannya menghasut terdedah di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014, Aktivis Politik Hishamuddin Rais hari ini menghantar sepucuk surat tuntutan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menghentikan tayangan video berkenaan.

Surat yang dihantar menerusi peguamnya itu menyebut tayanganvideo berkenaan merupakan satu tindakan bersifat sub-judis dan menghina mahkamah kerana kes melibatkan Hishamuddin kini sedang dalam perbicaraan di Mahkamah Sesyen.

Video itu menunjukkan Hishamuddin sedang bercakap mengapi-apikan kebencian kepada kerajaan menghasut dan ditayangkan sebagai selingan ketika ucapan dasar Najib yang juga Perdana Menteri pada kelmarin.

Dalam ucapan itu juga, Najib mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan bagi memastikan akta lebih baik dalam melindungi semua rakyat Malaysia dari hasutan jahat.

“Dalam klip video tersebut, anak guam kami digambarkan sebagai bersalah atas kesalahan menghasut mengikut Akta Hasutan 1948.


“Klip video itu seterusnya memburuk-burukkannya dan menggambarkan bahawa anak guam kami sering melakukan kesalahan hasutan.

“Seperti yang anda sedari, anak guam kami menghadapi tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 yang kini berlarutan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur,” menurut surat berkenaan seperti dilaporkan Malaysiakini.

Najib dalam ucapannya hanya menayangkan video ucapan Hishamuddin tanpa menyebut langsung perbuatan menghasut dan menyebut nama Hishamuddin sebagai orang yang melakukan perbuatan di dalam video berkenaan.

Bagaimanapun, jelas perkataan menghasut yang disebut Hishamuddin di dalam video berkenaan dan ia disaksikan semua perwakilan UMNO di dalam Dewan Merdeka akan perbuatannya membuat ucapan jahat berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori