Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jenayah Rogol Lebih Bahaya...

KUALA LUMPUR - Pengarah Pendidikan Politik DAP Pulau Pinang, Steven Sim Chee Keong...

Angkara Pisang Setandan, Buruh...

ALOR SETAR - Padah mencuri setandan pisang, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 14 hari...

Anggota UKK Cedera Disimbah...

ALOR SETAR - Seorang anggota Pertubuhan Unit Kawalan Keselamatan (UKK) Kota Setar cedera...

Layakkah Anwar Menerima Simpati...

Oleh: Satu Hala Dan Ibnu KSebentar tadi Mynewshub menyiarkan berita Anwar Dapat Simpati...

Hospital Tawar Kaum Adam Rasai Sakit Lahirkan Bayi

Percaya atau tidak, satu program dinamakan ‘Pain Experience Camp’ yang dianjurkan di Jinan, wilayah Shandong, China dibuat khusus untuk kaum lelaki yang ingin melalui pengalaman melahirkan anak.

Satu simulasi dilakukan dengan meletakkan sejenis wayar elektrod di beberapa bahagian abdomen tubuh lelaki bagi bertujuan mengaktifkan kesakitan seperti ketika bersalin.

Acara yang diadakan pada 4 November lepas itu menyaksikan beberapa sukarelawan datang dan mencuba teknik tersebut.

Salah seorang peserta, Guang Liao berkata, “Isteri saya bakal melahirkan anak dalam jangka masa tiga bulan lagi dan kami pernah bertelagah kerana dia terlalu cerewet.”

Sejurus selepas mendapat tahu tentang program itu, dia telah dipujuk oleh isterinya untuk menyertai. Tujuannya adalah kerana isterinya ingin dia belajar sesuatu melalui pengalaman itu.

Beberapa individu cuba untuk bertahan seberapa lama mungkin, namun kebanyakan mereka hanya sempat merasai pengalaman selama beberapa minit sebelum memaksa prosedur itu dihentikan kerana terlalu sakit.


Jurucakap hospital berkata, program tersebut dianjurkan untuk memberikan kesedaran dan menghargai kaum ibu yang melahirkan anak, terutama ketika jangka masa sembilan bulan mengandungkan bayi.

Pihak hospital juga berharap agar mereka dapat menganjurkan program tersebut di seluruh China.

Penganjuran acara seperti ini mungkin kedengaran ‘gila’ dan tak ramai yang akan cuba, namun melihat dari sudut positif, ia mampu membuatkan seorang suami lebih menghargai pasangan yang bertarung nyawa melahirkan zuriatnya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori