Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Mayat Dalam But Kereta:...

Shah Alam : Polis menahan tujuh lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung penemuan...

Mufti Persoal Apakah Akta...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...

Peniaga Dihukum Penjara Kerana...

Seorang peniaga dikenakan hukuman penjara selama dua minggu oleh Mahkamah Majistret Kangar hari...

Bayi Lelaki Miliki Empat...

KAMPALA, Uganda - Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dari sebuah perkampungan di...

HP MB Chronowing: Jam Tangan Pintar Paling Elegan

Jam tangan pintar telah menjadi salah satu perlumbaan yang disertai kebanyakkan pengeluar elektronik pada tahun ini.

Anda boleh melihat sendiri pengeluar seperti Samsung yang telah melebarkan jajahan arena jam pintarnya dengan penggunaan teknologi Tizen dan Android Wear, sementara jenama Asus, Motorola, LG dan termasuk Apple telah rapat mengikuti jejak langkah Samsung setelah mengumumkan keluaran jam tangan pintar mereka pada tahun ini.

Terdapat beberapa pengeluar lain yang masih merancang untuk memperkenalkan jam tangan mereka dalam bulan-bulan akan datang ini.

Kini, Hewlett-Packard atau lebih dikenali dengan HP turut tidak ketinggalan dalam perlumbaan ini.

Mereka telah mengumumkan kerjasama dengan pereka Michael Bastian sebelum ini, dan hari ini mereka telah pun memperlihatkan ia secara rasminya dibawah nama MB Chronowing.

Dengan mengambil singkatan nama perekanya Michael Bastian (MB), jam pintar tersebut dilihat memfokuskan kepada rekabentuk, disamping pada masa yang sama memfokuskan kepada penawaran beberapa ciri-ciri pintar hasil integrasi dengan telefon Android atau iPhone anda.

Berbeza dengan pelbagai jam tangan pintar lain, MB Chronowing ini tidak membawakan skrin sentuh dan tiada mikrofon atau sebarang sensor.

hp-chronowing

MB Chronowing memfokuskan kepada perkara utama iaitu jam.


Jam diperlihatkan hampir sepanjang masa, selain notifikasi daripada aplikasi seperti emel, cuaca, saham, mesej, panggilan dan sebagainya turut diperlihatkan pada skrin tersebut.

Jam tangan ini juga turut membawakan sokongan pintar seperti kebolehan tukar waktu mengikut timezone lokasi anda berada, disamping sokongan sinkronasi dengan kalendar untuk memperlihatkan temujanji semasa anda.

Pembangunnya mengatakan bateri pada peranti ini boleh bertahan sehingga seminggu, selain turut menyertakan sokongan kalis air.

Jam tangan MB Chronowing ini memfokuskan lebih kepada penawaran fesyen, dan ia akan dijual melalui Gilt.com secara eksklusif.

Versi biasa akan ditawarkan pada harga USD349 (RM1148), sementara versi terhad menggunakan tali berasaskan kulit buaya akan dijual pada harga $649 (RM2134).

Sumber:  WSJ

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori