Saturday, November 16, 2024

Creating liberating content

Elyana Berlakon Semula Selepas...

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan pelakon Elyana memberitahu suaminya, Khairul Anuar Husin, 40,...

Kes Jangkitan Covid-19 Hingga...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, perhimpunan...

Memang Best Bercinta Dengan...

JATUH cinta itu ialah satu perkara yang kita tak dapat nak elakkan dalam...

Terengganu Jalani Latihan Di...

KUALA TERENGGANU - Skuad sepak takraw Terengganu kini giat menjalani latihan di Thailand...

Luluh Hati Lihat Gambar Bogel Anak Di Facebook, Ibu Mahu Saman

Luluh hati seorang ibu apabila mendapat khabar tentang penyebaran foto bogel anaknya yang dikatakan cuba mencuri motosikal di perkarangan Masjid Pauh Lima, Kota Bharu, Rabu lalu.

Kecewa dengan tindakan melulu penduduk, ibu remaja terbabit akan membuat laporan sejurus selepas berjumpa dengan anaknya nanti.

“Kalau mereka pukul, saya boleh terima, tetapi bila orang bogelkan dia, memang itu perkara yang memalukan kami sekeluarga,” ujarnya kepada portal The Rakyat Post.

“Biarpun dia bersalah, masih ada banyak cara menghukumnya.”

Tambahnya lagi, tindakan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, malah ia dilakukan di perkarangan masjid yang sepatutnya ditentang kerana membuka aib individu.

“Saya dapat tahu perkara ini melalui laman sosial Facebook, dan bila lihat saya terus cam yang itu anak saya. Apa yang lebih saya kesal adalah tindakan orang ramai yang membogelkan anak saya.”

Selain itu, ibu remaja yang berusia 15 tahun itu juga merayu kepada orang ramai agar menghentikan penyebaran gambar bogel anaknya.

pencuri-L

Sementara itu, Imam Masjid Pauh Lima, Ibrahim Ahmad, 69 berkata, beliau dan beberapa jemaah lain juga terkejut dengan tindakan melulu sesetengah pihak yang membogelkan remaja terbabit.

“Saya keluar lambat setelah selesai solat Isyak, dan tak sangka orang ramai bogelkan remaja itu. Saya tak tahu siapa yang lakukan,” ujarnya.


Beliau yang cuba menghalang perlakuan tersebut daripada berterusan, walau bagaimanapun gagal kerana orang terlalu ramai.

mufti kelantan

Mengulas mengenai kejadian itu semalam, Mufti Selangor, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Islam melarang umatnya untuk mendedahkan keaiban individu lain walaupun dia melakukan kesalahan.

“Kita tidak boleh mengambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata,” ujarnya.

Selari dengan pandangan Mohamad Shukri, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, orang awam yang berjaya menangkap mana-mana individu disyaki melakukan jenayah, ditegah membuat keputusan sendiri bagi menghukumnya.

Apa yang sepatutnya dilakukan adalah menyerahkan individu tersebut kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Remaja tersebut kini berada dalam tahanan reman selama empat hari bermula Rabu, dan pihak polis sedang melakukan siasatan rapi tentang insiden tersebut.

Tambah Mazlan, kejadian membogelkan individu terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, kerana mengaibkan, dan mahkamah memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori