Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja...

KUALA LUMPUR - Kemelut politik yang melanda negara nampaknya belum menemui noktah.Episod demi...

Abdullah Ahmad Badawi Dilantik...

KUALA LUMPUR - Kabinet hari ini bersetuju dengan pelantikan bekas Perdana Menteri Tun...

Ketua Masyarakat Perlu Bantu...

KUCHING - Ketua masyarakat perlu bantu menyampaikan agenda kerajaan kepada akar umbi bagi...

Kerajaan Akan Bentang RUU...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menerusi Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) dalam...

Idris Haron Mahu Sungai Diselenggara Elak Banjir

MELAKA – Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron mahu laluan air diselenggara dengan sempurna bagi mengelak berlaku banjir.

Beliau berkata sungai dan tali air perlu diperdalamkan agar tidak terhalang oleh benda asing seperti sampah sarap manakala rumah pam dan pintu air perlu dipastikan berfungsi setiap masa.

“Saya boleh terima alasan ada berlaku kepincangan, tetapi saya tidak boleh terima alasan sesuatu itu rosak dan tidak beroperasi kerana kurang perhatian daripada pihak pengurusan dan pentadbiran.

“Hentikan tuding jari cari siapa nak dipersalahkan. Apa yang penting pastikan semua berfungsi supaya rakyat tidak susah kerana hadapi banjir,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau meninjau kawasan yang dilanda banjir di Sungai Putat dan menyampaikan bantuan kerajaan negeri kepada mangsa.

Idris berkata kerajaan negeri sedang menyalurkan bantuan awal berupa wang tunai RM200 kepada mangsa.


Sementara itu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Putat, Ramli Puteh berkata penduduk berpuas hati dengan tindakan pantas agensi kerajaan membantu mereka.

“Semua pihak tampil memberikan bantuan kepada kami malam tadi daripada segi makanan dan keperluan lain selain memastikan kami dan keluarga selamat,” katanya.

Sebanyak 27 orang daripada tujuh keluarga di Sungai Putat dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki air tengah malam tadi.

Bagaimanapun air surut pagi tadi dan semua mangsa telah dibenarkan pulang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori