Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Denda Dipertimbangkan Jika Hilang...

PUTRAJAYA - Kerajaan bercadang mengenakan denda terhadap rakyat Malaysia yang kehilangan pasport antarabangsa...

JPJ Perlis Keluarkan 72...

KANGAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengeluarkan 72 saman kepada pengguna jalan...

Penyelenggara Cederakan Peniaga Didenda...

KUALA LUMPUR – Seorang penyelenggara pendingin hawa didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di...

Malaysia Menuju Gelombang E-Pembayaran

KUALA LUMPUR - Malaysia kini diambang gelombang baharu transformasi e-pembayaran, didorong oleh penembusan...

Imam Rayu Bebaskan 4 Lelaki Bawa Kepala Babi Ke Masjid

Seorang Imam terkenal di Britain membuat rayuan kepada mahkamah untuk membebaskan empat individu lelaki Kristian yang melakukan perbuatan meletakkan kepala babi di perkarangan sebuah masjid di Blackpool.

Walaupun tindakan keempat-empat mereka hanya atas sekadar gurauan (prank), namun pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kerana perbuatan itu merupakan satu provokasi agama.

Imam tersebut, Ashfaq Patel, memohon mahkamah untuk tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap kesemua mereka walaupun tindakan mereka menghina Islam.

Two-of-the-four-men-jailed-for-throwing-pigs-head-into-mosque-411034166661

Ujarnya, “Di atas kesedaran mereka terhadap jenayah dan kesilapan yang telah dilakukan, saya tidak fikir mereka perlu berakhir di sebalik tirai besi (penjara).”

Hakim Graham Knowles, dalam keadaan terharu berkata,”Anda semua bertuah, kerana sekarang pun Imam meminta rahmat terhadap anda dan cuba memahami anda.”


Individu-individu tersebut yang digelar samseng oleh media di sana, walau bagaimanapun tetap dijatuhi hukuman penjara, di antara tujuh bulan sehingga satu tahun dua bulan.

Pada 23 Mei 2013, mereka meletakkan kepala haiwan tersebut di dalam satu plastik lalu meninggalkannya di tempat letak kereta di Masjid Pusat Blackpool. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori