Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Calon MCA Hantar Warga...

PONTIAN - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng berjanji...

Kelindan Lori Meninggal Dunia...

BENTONG : Seorang kelindan lori treler meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital...

3 Geng Lembu Ditahan,...

MARAN - Tiga penjenayah dipercayai anggota Geng Lembu ditahan selepas kereta Suzuki Swift...

“Hukuman Mati Hanya Untungkan...

"MUJUR tidak dijatuhkan hukuman mati, kalau tak hanya menguntungkan dia" Demikian reaksi Pengerusi Persatuan...

Industri Automotif Perlu Tingkat Daya Saing – Mustapa

KUALA LUMPUR – Peserta industri automotif negara perlu meningkatkan keupayaan daya saing, khususnya dalam pasaran eksport berikutan persaingan hebat kalangan penggerak perusahaan itu di peringkat global.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kementeriannya juga tidak berpuas hati dengan prestasi eksport industri itu yang jelas berbeza dibandingkan dengan pencapaian sektor komponen automotif.

Pihak industri tempatan itu perlu menyedari hakikat kebangkitan China yang secara beransur-ansur akan muncul sebagai negara pengeksport utama.

“Eksport adalah antara petunjuk sejauh mana keupayaan daya saing kita kerana perlu berdepan persaingan gergasi industri seperti Jepun, Korea dan Amerika Syarikat.


“Mungkin pada masa depan, secara beransur-ansur kita perlu menyedari yang China sedang dalam proses membina keupayaannya dalam sektor automotif ini,” katanya.

Mustapa berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis memeterai program pembangunan vendor membabitkan lima syarikat, di sini, hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori