SERDANG – Kerajaan memberi jaminan industri pertanian akan terus kekal menjadi sektor utama ekonomi negara dengan menitikberatkan teknologi dan inovasi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata penyertaan beberapa kementerian dalam memastikan perkembangan industri pertanian juga amat membantu sekali gus membolehkan golongan penternak, petani dan nelayan dapat diperkasakan.
“Malaysia kini di landasan yang betul bagi terus memperkasakan bidang teknologi dan inovasi dalam industri pertanian dan agro makanan,” katanya.
Beliau berkata demikian sempena majlis penutup Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Maaysia (MAHA) 2014 di sini. sebentar tadi. – BH Online