Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Staf Bank Maut Jatuh...

SEBUAH foto menunjukkan seorang pekerja bank maut terjatuh bangunan Menara Southern Bank di...

Gambar Keluarga ‘Homoseksual’ Dalam...

Sekali pandang, mungkin ramai yang tidak perasan 'keanehan' pada gambar rajah yang dikatakan...

Nafi Laporan Pihak Berkuasa...

KUCHING - Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas...

AS Benarkan Eksport Pengeluar...

SEOUL: Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan eksport peralatan ke kilang semikonduktor Korea...

Militan ISIS Tembak Mati 50 Orang

Menurut Ahli Majlis Wilayah Anbar, Faleh Al-Issawi, sekurang-kurangnya 50 anggota satu puak ditembak mati oleh ahli kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), semalam di Wilayah tersebut.

Ahli sebuah puak, Al Bu Nimr itu terdiri daripada lelaki dan wanita dan didakwa bertindak melawan kumpulan ISIS selepas kumpulan militan itu menawan Bandar Hit.

Mereka diarahkan berbaris sebelum ditembak mati di perkampungan Ras Al-Maa, utara ibu wilayah Ramadi.

Pembunuhan seperti ini berlaku hampir setiap hari di kawasan-kawasan bawah kekuasaan militan itu dan mereka akan meneruskan tindakan mereka selagi tidak dihalang,” ujarnya.

Angka korban tersebut disahkan oleh seorang pegawai di pejabat gabenor Wilayah Anbar.

Tragedi ini merupakan siri pembunuhan terbaru dari ISIS yang sebelum ini menjadikan orang awam, anggota keselamatan dan puak minoriti di Iraq dan Syria sebagai sasaran.

Khamis lalu, pihak berkuasa tempatan menemui mayat 48 orang anggota puak sunnah yang dibunuh ISIS di wilayah sama.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurang-kurangnya 1,273 warga Iraq terkorban dalam beberapa episod keganasan sepanjang bulan lalu berbanding 1,119 pada bulan sebelumnya.

Mangsa bunuh terdiri dari 856 orang awam, 417 anggota pasukan keselamatan Iraq manakala 2,010 mangsa lagi cedera.

Walau bagaimanapun, statistik tersebut tidak termasuk dengan keganasan di Wilayah Anbar mahupun kawasan lain di Iraq yang menjadi kawasan tawanan puak itu. – MYNEWSHUB.CC

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori