Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gadis Remaja Dilapor Hilang...

Seorang gadis remaja berusia 15 tahun dilaporkan hilang tanpa khabar berita sejak 3...

Mohamad Thaqif Meninggal Ketika...

JOHOR BAHRU - "Mohamad Thaqif Amin yang tenat meninggal dunia ketika kami sekeluarga...

Polis Tumpas Sindiket Dadah,...

GEORGE TOWN – Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah dengan penahanan seorang...

‘Letih, Saya Cuma Mahu...

KUALA LUMPUR - "Saya letih, saya cuma mahu gembira", itu permintaan terakhir diluahkan...

Isu Eksport Sarang Burung Mentah Ke China Masih Dibincangkan

BEIJING – Isu pengeksportan sarang burung yang belum diproses dari Malaysia ke China masih lagi dibincangkan, terutama melibatkan tahap kandungan nitrat yang terdapat di dalamnya, kata Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin.

Sekatan eksport ke atas sarang burung mentah ke China dilaksanakan sejak dua tahun lepas setelah bahagian kesihatan negara ini mendapat aduan orang ramai mengatakan kandungan nitrat sarang burung dari Malaysia terlalu tinggi dan berbahaya kepada kesihatan.

Bagaimanapun, sekatan itu tidak melibatkan eksport sarang burung dalam bentuk siap untuk dimakan atau diminum dalam botol.

“Kebimbangan yang nyata ialah paras kandungan nitrat. Perbincangan antara agensi-agensi yang terbabit masih lagi berkisar kepada tahap peratusan kandungan nitrat yang boleh diluluskan,” katanya.

Iskandar berkata demikian kepada media Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) selama dua hari bermula hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tiba semalam, mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak ini.

Sementara itu, menyentuh hubungan dua hala Malaysia-China, Iskandar berkata Malaysia adalah antara beberapa negara yang mendapat keistimewaan di China.


“Hubungan dua hala ini telah ditingkatkan daripada kerjasama strategik kepada kerjasama komprehensif meliputi semua yang menjurus kepada satu pembentukan rangka kerja agar hala tuju hubungan ini menjadi lebih kukuh,” katanya.

Sebagai contoh, dalam bidang perdagangan, dengan rangka kerja kerjasama telah ditandatangani yang menetapkan dalam tempoh lima tahun, kedua-dua negara perlu mempertingkat dagangan untuk mencapai AS$160 bilion menjelang 2017.

Antara bidang lain yang turut terlibat ialah pertahanan, kesihatan, pelancongan dan pendidikan.

“Seperti yang kita maklum, ada juga bidang-bidang ini yang mempunyai sedikit implikasi seperti insiden MH370, namun ia tidak menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara,” katanya.

Pada 2013, Malaysia dan China menerima jumlah pelawat yang menggalakkan iaitu hampir 1.7 juta keluar masuk ke kedua-dua negara dan pada tahun ini, aliran masuk masih baik walaupun terdapat sedikit penurunan.

“Secara keseluruhannya saya boleh menyatakan bahawa tiada prasangka buruk terhadap kerajaan, sama ada kerajaan Malaysia atau China, membabitkan cara kita menangani dan menyelesaikan isu ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori