Baru-baru kecoh di laman sosial dan media online berkenaan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) yang didakwa mempunyai uniform seakan-akan sama seperti anggota PDRM.
Selain uniform, turut tersebar adalah kad kuasa didakwa milik ahli yang juga mempunyai logo dan jawatan seperti pegawai polis.
Selain itu, iklan pertubuhan ini mencari ahli baru dengan tawaran pangkat yang semakin tinggi mengikut bilangan ahli baru lain yang dapat ditarik masuk juga menjadi perbualan hangat.
Susulan itu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) hari ini, mengeluarkan satu kenyataan media berkaitan.
Menerusi kenyataan dikeluarkan, JPPM berjanji menyiasat sejauh mana kebenaran berita yang tersebar dan jika terbukti benar berlaku kegiatan menyeleweng daripada matlamat asal penubuhannya, maka peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966 akan diambil terhadap PPPM termasuk membatalkan pendaftaran pertubuhan tersebut.
Di bawah adalah keseluruhan kenyataan media yang dikeluarkan berhubung isu ini:
KENYATAAN MEDIA
YBRS. TUAN MOHAMMAD RAZIN BIN ABDULLAH
PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA
MENGENAI PERSATUAN PERLINDUNGAN PENGGUNA MALAYSIA (PPPM)
18 NOVEMBER 2014, PUTRAJAYAÂÂ
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ingin merujuk laporan yang disebarkan melalui media sosial berhubung dengan penggunaan uniform oleh anggota-anggota sebuah pertubuhan iaitu Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) yang seakan-akan menyerupai uniform PDRM. Berdasarkan rekod JPPM, persatuan tersebut adalah sebuah pertubuhan induk bercawangan yang telah berdaftar dengan JPPM, pada 13 Februari 2003 dengan No. Pendaftaran PPM-018-06-13022003 beralamat di No. 3, Lorong Kurnia Jaya 1, Taman Kurnia Jaya, 25150 Kuantan, Pahang.
 ingin merujuk laporan yang disebarkan melalui media sosial berhubung dengan penggunaan uniform oleh anggota-anggota sebuah pertubuhan iaitu Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) yang seakan-akan menyerupai uniform PDRM. Berdasarkan rekod JPPM, persatuan tersebut adalah sebuah pertubuhan induk bercawangan yang telah berdaftar dengan JPPM, pada 13 Februari 2003 dengan No. Pendaftaran PPM-018-06-13022003 beralamat di No. 3, Lorong Kurnia Jaya 1, Taman Kurnia Jaya, 25150 Kuantan, Pahang.
 PPPM adalah sebuah pertubuhan bertaraf kebangsaan yang bermatlamatkan untuk:ÂÂ
i. mendapat perlindungan kesihatan dan keselamatan pengguna-pengguna;
ii. menjaga dan memelihara alam sekitar;
iii. memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya;
iv. memelihara kemudahan-kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan kepada pengguna-pengguna;
v. merapatkan perpaduan sesama kaum tanpa mengira agama dan bangsa; dan
vi. bersama-sama berusaha melindungi pengguna daripada perkara-perkara curang, terpedaya atau menerima maklumat-maklumat yang mengelirukan.ÂÂ
Mana-mana anggota atau ahli-ahli pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) termasuklah PPPM, adalah tidak dibenarkan sama sekali memakai uniform dan memberi pangkat-pangkat yang menyerupai anggota atau pegawai penguatkuasa yang dilantik dan diwartakan di bawah Warta Kerajaan, melainkan menggunakan bendera atau lambang atau lencana yang telah didaftarkan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 50, Akta ini.ÂÂ
Sehubungan itu, JPPM sedang menyiasat perkara ini dan sekiranya terdapat bukti yang cukup bahawa anggota-anggota pertubuhan tersebut menggunakan uniform yang menyerupai atau seakan-akan menyerupai uniform PDRM atau didapati melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeleweng daripada matlamat asal penubuhan dan menyalahi undang-undang sedia ada di dalam negara, JPPM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966, termasuk tindakan membatalkan pendaftaran pertubuhan tersebut. – MYNEWSHUB.CC