KEBIASAANNYA kebanyakan pelakon enggan berlakon bersama dengan seseorang yang pernah menjadi lipatan sejarah dalam hidup mereka sebelum ini.
Tapi kalau kedua-duanya saling profesional dan tidak berdendam, pastinya perkara itu akan menjadi mudah dan senang.
Begitu jugalah yang terjadi kepada bekas pasangan kekasih ini, Izreen Azminda dan Johan As’ari yang dikhabarkan bakal bekerjasama dalam sebuah persembahan teater muzikal selingan malam kemuncak Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang bakal berlangsung esok.
Memetik Gua, Izreen mengatakan dia tidak berasa janggal untuk bekerja bersama Johan memandangkan mereka tidak pernah bermasam muka di antara satu sama lain sebelum ini.
“Tiada yang janggal di antara kami kerana kami berada di sini atas dasar kerja. Ini merupakan kali pertama kami berdua disatukan dalam satu projek selepas Juvana dan kami tidak bermasam muka antara satu sama lain.
“Kami bertegur sapa seperti biasa kerana perkara yang berlaku itu pun kisah lalu,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC