Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Thailand Ditemui Mati...

NILAI - Seorang lelaki warga Thailand ditemui mati dengan kesan tikaman di rusuk...

Tahap Kebersihan Di Terengganu...

HULU TERENGGANU - Tahap kebersihan di Terengganu sudah  menunjukkan perubahan apabila sampah dipungut...

Perkukuh Kebersatuan Depani Cabaran...

KUALA LUMPUR - Perkukuh kebersatuan anggota parti dan berkhidmat sepenuh hati untuk rakyat,...

Cub Prix: Belum Masa...

MOHD Zaqhwan Zaidi enggan mengalah meskipun saingan kategori CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM...

Jabatan Imigresen Tahan 42 GRO Warga Asing Di Melaka

ALOR GAJAH – Jabatan Imigresen Melaka menahan 42 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya dekat sini, semalam.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Zahari Abdul Aziz berkata dalam operasi penguatkuasaan ‘Ops Sayang’ selama tiga jam bermula 9 malam itu, seramai 39 warga Vietnam dan tiga warga Kemboja berusia antara 21 dan 35 tahun itu ditahan ketika sedang melayan pelanggan.

Daripada jumlah itu, seramai 18 warga Vietnam dan dua warga Kemboja pula ditahan kerana melanggar syarat pas lawatan manakala 21 warga Vietnam dan seorang warga Kemboja ditahan kerana tinggal di negara ini tanpa permit yang sah.

“Kita juga menahan seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki China yang tidak mempunyai permit sah (tinggal di Malaysia) dipercayai sedang berhibur di premis itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam operasi berasingan pagi tadi, 37 warga asing termasuk tiga wanita warga Indonesia ditahan dalam serbuan di dua rumah kongsi tapak pembinaan di sini.


Zahari berkata warga asing yang ditahan terdiri daripada 17 warga Indonesia, Bangladesh (7), India (5), Pakistan (5) masing-masing lima dan Myanmar (3).

“Kami percaya kedua-dua penempatan yang dihuni kira-kira 200 orang warga asing ini dipercayai berada di kawasan itu sejak lebih lima tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata semua mereka ditahan dipercayai bekerja sebagai buruh binaan kerana tinggal di negara ini tanpa permit yang sah dan tinggal setelah permit tamat tempoh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori