Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Memali: Perlu Kaji Pelbagai...

BAGAN DATUK - Kerajaan perlu meneliti dan mengkaji pelbagai aspek sebelum memutuskan untuk...

Pembangkang Dengan Helah Lama...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyelar pembangkang kerana mendakwa...

Video: Toll Gate Girl...

SEBUAH video yang menunjukkan seorang pekerja tol mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman terhadap seorang pemandu teksi lelaki...

Aiman Tino Bakal Menjalani...

PENYANYI Aiman Tino berkemungkinan besar akan menjalani pembedahan membuang tonsil di bahagian tekaknya...

Tiru Range Rover Evoque, Jaguar Land Rover Saman Syarikat China

LONDON – Pembuat kereta terkemuka Britain, Jaguar Land Rover bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sebuah syarikat pengeluar kereta dari China kerana meniru reka bentuk sebuah kenderaan pacuan empat roda milik syarikat itu.

Jaguar Land Rover dilaporkan berang selepas sebuah syarikat pengeluar kereta dari China, LandWind melancarkan model kenderaan pacuan empat roda terbaharunya, X7 pada pameran kereta Guangzhou minggu lalu.

Model X7 yang berharga £14,000 (RM73,500) itu mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan model Range Rover Evoque keluaran Jaguar Land Rover dan berharga £40,000 (RM210,000).

LandWind-X7-Landrover-chines (3)

x7-1


MODEL pacuan empat roda X7 keluaran syarikat China, LandWind yang didakwa meniru model Range Rover Evoque.

Pegawai Eksekutif Jaguar Land Rover, Dr. Ralf Speth memberitahu majalah Autocar, amalan meniru reka bentuk yang masih berlaku di China sangat mendukacitakan.

“Harta intelektual ini milik kami dan jika ada syarikat yang melanggarnya itu bermakna telah melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

Model kenderaan X7 yang lebih murah itu didapati mempunyai reka bentuk badan, lampu dan pelindung radiator yang hampir sama seperti Range Rover Evoque. – Agensi

  • Lagi berita berkaitan:
  • saman

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori