Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Langgar Lampu Isyarat: Penunggang...

KUCHING - Akibat melanggar lampu isyarat, seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya...

Gagal Serah Penyata, Syarikat...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan baharu Monspace Sky Airlines Suasa Sdn. Bhd. telah...

Sesi Pemukiman Menteri Luar...

KOTA KINABALU - Menteri-Menteri Luar Asean memulakan pemukiman mereka hari ini dengan memberi...

Tidak Wujud Lagi Kartel...

PUTRAJAYA - Kartel penghasilan kad pengenalan palsu secara tersusun atau berstruktur tidak lagi...

Jakim, Jain, SKMM Wujud Unit Khas Tangani Isu Hina Islam

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mewujudkan unit khas untuk memantau isu memfitnah dan menghina Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pemantauan itu membabitkan khususnya media baharu.

Beliau berkata sebarang maklumat berkaitan penghinaan Islam yang disebarkan melalui media baharu, JAKIM dan JAIN akan mengemukakannya kepada SKMM bagi tujuan menyekat daripada terus tersebar.

“Sepanjang 2013, sebanyak 39 laman web yang didapati menghina Islam telah dikenakan tindakan sekatan oleh SKMM,” katanya ketika menjawab soalan lisan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Fasiah ingin tahu langkah kerajaan menyekat tindakan memfitnah, menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW termasuk dari segi akidah dan amalan ibadah di kalangan bukan Islam yang menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori