Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Padah Mabuk, Remaja Sembelih...

Mungkin ini merupakan mimpi ngeri yang tidak akan dilupakan oleh sepasang suami isteri.Ketika...

Tindakan Tegas Jika Berhimpun...

KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar prosedur...

21 Pusat Pengundian Awal...

MELAKA: Sebanyak 21 daripada 31 Pusat Pengundian Awal (PPA) bagi Pilihan Raya Negeri...

Sanggup Berhabis Agar Wajah...

ANEH dan pelik.. gara-gara terlampau obses terhadap sasterawan terkenal William Shakespeare, seorang penulis...

JKJR Audit Jalan Raya Bersepadu 3 Bulan Sekali

GEORGETOWN – Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) melaksanakan audit jalan raya bersepadu tiga bulan sekali di seluruh negara bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Tam Weng Wah berkata audit tersebut termasuk  pemeriksaan terhadap permukaan jalan raya, bebendul jalan rosak, lorong motosikal dan lampu isyarat bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin.

“Audit ini dilakukan secara proaktif tahun ini sebagai KPI (Petunjuk Prestasi Utama) JKJR setiap negeri termasuk di ibu pejabat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya di kampus Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Beliau berkata lokasi atau lampu isyarat yang dikenal pasti bermasalah akan diselenggara serta-merta dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi berkaitan.

Tam berkata pihaknya turut menetapkan setiap cawangan JKJR mengenal pasti lima masalah sebulan untuk diselesaikan di bawah program Menangani Aduan Sebelum Jadi Aduan (Masja) yang setakat ini telah menyelesaikan lebih 800 kes tahun ini.


Beliau bagaimanapun berkata sikap manusia masih menjadi penyebab utama  kemalangan iaitu sebanyak 80 peratus berbanding faktor prasarana jalan raya.

“Kesabaran dan tumpuan ketika memandu perlu diberi penekanan tinggi. Apa guna prasarana terbaik jika mentaliti dan sikap individu tidak diubah,” katanya.

Sementara itu, Tam berkata di Pulau Pinang kadar kemalangan dari Januari hingga September tahun ini menunjukkan penurunan daripada 29,722 kepada 28,958 kes yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lepas.

Daripada jumlah itu, sebanyak 285 kematian dicatat setakat September, berbanding 297 kematian dalam tempoh sama tahun lepas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JKJR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori