Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Gambar ‘Free Hair’ Tersebar,...

AWAL tahun lalu, pelakon Sara Ali mengesahkan dia sudah berhijrah apabila mula mengenakan...

Penyokong JDT Beratur Beli...

KUALA LUMPUR - Meskipun aksi Piala Sumbangsih 2015 hanya akan berlangsung malam ini...

Norish Mula Berhijab Sebagai...

ANGGUN... Tampil dengan imej berhijab, pelakon, Norish Karman menganggap keputusannya itu sebagai hadiah...

Sazali Fail Rayuan Penggantungan...

KUALA LUMPUR - Jaguh bina badan negara, Sazali Samad yang dikenakan hukuman gantung...

JKM Tambah Baik Persediaan Banjir Tahun Ini – Rohani

PUTRAJAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menambah baik persiapan dan persediaan menghadapi banjir tahun ini melalui pengalaman berhadapan situasi banjir luar biasa tahun lalu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

“Lebih 500 pangkalan hadapan banjir disiapkan selain lima depoh banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Johor. Depoh banjir ini menempatkan barangan keperluan bencana seperti tikar, selimut dan makanan kering,” katanya ketika ditanya mengenai persiapan kementerian menghadapi banjir tahun ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian di sini hari ini, Rohani berkata persiapan dan persediaan menghadapi banjir kali ini meliputi aspek logistik, prosedur operasi standard dan pemindahan mangsa banjir.

Katanya, JKM di semua negeri sudah diminta membeli barangan keperluan mangsa banjir dan menjadi kebiasaan bekalan berkenaan ditambah sebanyak 10 peratus setiap tahun.

Kesemua stok barangan keperluan berkenaan antaranya nasi, beras, sardin dan biskut sudah mula dibawa masuk ke pusat pemindahan banjir, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori