KUALA LUMPUR – Jualan Ford pada Oktober meningkat dua peratus berbanding bulan sebelum ini kepada 1,209 unit, didorong oleh sambutan berterusan untuk model-model Ranger, EcoSport, Kuga dan Fiesta.
Pengarah Urusan Pasaran Pesat Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Co, David Westerman, berkata jualan tahun ini setakat ini meningkat 28 peratus kepada 11,426 unit dan meletakkan syarikat itu ke arah mencatat jualan tertingginya di Malaysia.
“Kami sangat gembira untuk meneruskan rancangan pertumbuhan di Malaysia, dengan setiap model Ford antarabangsa yang kami perkenalkan memberi pelanggan lebih banyak pilihan,” katanya.
Ford juga meneruskan perkembangannya di bilik pameran Malaysia pada Oktober dengan pengenalan Fiesta GT baharu dengan enjin 1.6L EcoBoost, katanya.
“Fiesta ST yang tiba lewat bulan ini, akan menambahkan lagi lonjakan prestasi tinggi dan dinamik kepada barisan model-model Ford di Malaysia,” katanya. – BERNAMA