Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Kastam Tambah Lebih 800...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menambah lebih 800 pegawai baharu...

Program Basmi Kemiskinan Malaysia...

Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima pengiktirafan daripada...

Projek Pembesaran, Naik Taraf...

LAPANGAN Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, Kota Bharu, merupakan lapangan terbang...

Kerajaan Kekal Proton Perdana...

PUTRAJAYA - Kerajaan mengekalkan penggunaan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi untuk menteri,...

Jumlah Individu Hidap Penyakit Mental Meningkat Di Pahang

PEKAN – Jumlah individu yang dikesan menghidap penyakit mental di Pahang dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, meningkat kepada 168 orang berbanding 77 orang dalam tempoh sama tahun lepas.

Jumlah berkenaan mencatat peningkatan hampir 129 peratus berdasarkan hasil kajian Depression Anxiety, Stress Scale (DASS), iaitu satu kaedah soal selidik emosi yang diguna pakai di peringkat antarabangsa bagi penyakit tersebut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Dr Zainal Ariffin Omar berkata hasil saringan yang dijalankan terhadap 176 individu untuk tempoh enam bulan pertama tahun lepas, sebanyak 77 dikesan menghidap masalah mental.

“Bagaimanapun untuk tempoh sama pada tahun ini, jumlahnya meningkat kepada 168 orang, hasil saringan terhadap 5,939 orang,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata mengikut rekod jabatan, sebanyak 103 individu dikesan menghidap penyakit mental setelah saringan dijalankan terhadap 2,145 individu di negeri ini, sepanjang tahun lepas.


Mengikut pecahan, katanya, daripada 168 penghidap masalah mental itu, 54 orang dikesan teruk dalam stres, 84 teruk dalam anzieti dan 30 teruk dalam kemurungan.

Bagi pecahan untuk tempoh yang sama tahun lepas pula, sebanyak 13 orang dikesan teruk dalam stres, 43 teruk dalam anzieti dan 21 teruk dalam kemurungan.

Dr Zainal berkata kesemua kes teruk itu dirujuk ke klinik kesihatan atau pakar psikiatri untuk rawatan lanjut, manakala bagi kes yang disaring pada tahap sederhana dan rendah, diberi intervensi dalam komuniti oleh anggota kesihatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori