Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lagi Wartawan Ditembak Mati...

KEJAM… Tentera Zionis serlah tunjuk belang tanpa perikemanusiaan dengan tindakannya menembak mati seorang...

Pengarah Studio Astro Awani...

KUALA LUMPUR - Pengarah Studio Astro Awani, Ilancheliyan Adaikalam, 49, maut dalam satu...

Pencuri Tabung Masjid Dapat...

MIRI - Dua pencuri sekadar mendapat RM50 sahaja ketika cuba berhempas pulas mahu...

Sembilan Maut Lori Langgar...

TAPAH - Sembilan pekerja ladang maut dalam satu kemalangan di Jalan Air Kuning-Mambang...

Jumlah Mangsa Banjir Di Changkat Jong Menurun Ke 299

IPOH – Sebuah pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Degong ditutup pagi ini, menjadikan jumlah mangsa banjir di Changkot Jong dekat Teluk Intan di sini, menurun kepada 299 orang berbanding 345 orang Jumaat malam.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak, Mohd Fazly Mohamad Zawawi ketika dihubungi berkata kesemua mangsa banjir itu berada di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong.

“Mangsa banjir ini tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing ekoran air banjir di kediaman mereka hanya surut sedikit,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Katanya paras air sungai di Changkat Jong meningkat kepada 3.30 meter berbanding 3.22 meter malam tadi.


Beliau berkata mangsa banjir di sekolah itu melibatkan 87 keluarga terdiri daripada 61 lelaki dewasa, wanita dewasa (74), kanak-kanak lelaki (62), kanak-kanak perempuan (46), lelaki warga emas (13), perempuan warga emas (18), bayi lelaki (16) dan bayi perempuan (sembilan), katanya.

Kejadian banjir itu adalah yang kedua melanda kawasan Changkat Jong dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan air melimpah ke kawasan penempatan.

Pada 14 Nov lepas, sebanyak 56 mangsa daripada 16 keluarga yang mendiami Lorong Mesra di sini terpaksa dipindahkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori