Tangerang, Indonesia – Disebabkan sering dilaporkan menghilangkan diri akibat dijangkiti pelbagai penyakit, kini timbul pula khabar angin yang mendakwa selebriti Julia Perez (Jupe) sebenarnya menjadi mangsa buatan orang.
Kata Jupe, dia diberitahu, mungkin ada pihak tertentu ‘mengirim’ sihir kepadanya sehingga kesihatannya sering tidak menentu.
“Cuma saya kurang percaya. Saya yakin apa yang berlaku adalah kehendak Yang Maha Kuasa,†katanya kepada media semalam.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Aku Rapopo itu berkata, apa pun yang dideritainya, dia akan tetap reda.
Pada masa sama, kata Jupe, dia tidak akan berputus asa daripada berusaha mencari penawar dan tidak melupakan berdoa.
“Jika memang ada orang yang menghantar penyakit ini, saya ucapkan terima kasih. Saya tidak akan menyalahkan bomoh,†katanya. – Agensi