Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Di...

SEREMBAN - Beberapa kawasan di Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24...

‘Tak Semestinya Omicron Lonjak...

KUALA LUMPUR: Kemunculan varian baharu, Omicron, tidak semestinya mengundang peningkatan risiko kematian atau...

Razif Sidek Dakwa Chong...

Kes kegagalan ujian doping pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei...

Selalu Buang Angin AKA...

MEMBICARAKAN soal buang angin atau kentut bukanlah sesuatu yang manis tapi ianya adalah fitrah manusia...

Jururawat Mangsa Kedua Maut Akibat Ebola Di Mali

BAMAKO – Mali menghadapi kes terbaru jangkitan Ebola yang tiada kaitan dengan kes pertama bulan lalu, berikutan kematian seorang jururawat lelaki lewat semalam.

Jururawat itu sebelum ini pernah merawat seorang pesakit dari Guinea di Klinik Pasteur di sini.

Pegawai perubatan menyatakan ujian mengesahkan terdapat virus Ebola pada jururawat terbabit.

Pengumuman mengenai kes kedua Ebola dilakukan ketika tempoh kuarantin 108 orang yang terdedah pada risiko kes pertama hampir tamat Selasa depan.

Mangsa kes pertama Ebola di Mali itu adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang disahkan dijangkiti penyakit itu selepas melakukan perjalanan ke pekan Kayes pada 23 Oktober lalu. Dia meninggal dunia pada hari berikutnya.


Kanak-kanak perempuan itu melakukan perjalanan dengan bas dan teksi dengan nenek, kakak dan bapa saudaranya, dan berhenti berkali-kali dalam perjalanan sejauh 1,200 kilometer itu.

Mereka juga berada di Bamako selama dua jam kerana menziarahi saudara mara di sebuah rumah yang mempunyai 25 orang.

Penularan wabak Ebola itu mengorbankan kira-kira 5,000 orang setakat ini, sebahagian besarnya di Afrika barat, dengan Liberia sebagai kawasan paling teruk dilanda penyakit itu manakala jangkitannya masih menular di Sierra Leone dan Guinea. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori