Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

“Orang Muda Dah Tak...

KUALA LUMPUR - "Jawi adalah sebahagian bahasa kita, orang Malaysia patut tahu, sayang...

Hubungan P’dagangan Pelaburan 2...

DUBAI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan perdagangan dan...

Isu Hutang, Aliran Tunai...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dapat membayar hutang dan menyelesaikan...

Operasi Cari 3 Nelayan...

KUCHING - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga nelayan tempatan yang hilang selepas...

Jutawan Hadiahkan Jiran Rumah Mewah Untuk Balas Budi

CHINA – Xiong Shuihua nyata bukan sebarang jutawan sebaliknya beliau terbukti seorang kaya yang berhati mulia. Beliau membuktikannya dengan membina rumah mewah untuk 18 keluarga dengan percuma.

Keluarga terbabit merupakan bekas jirannya ketika dia membesar di sebuah kampung di Xiongkeng di Xinyu.

Selepas Xiong Shuihua, 54, menjadi jutawan dalam industri besi, dia memutuskan untuk membalas budi baik penduduk kampung dengan melakukan sesuatu kepada mereka secara percuma.

Xiong Shuihua kemudiannya merobohkan rumah kayu dan membina rumah banglo kepada penduduk yang selama ini membantu dan memberikan sokongan kepadanya ketika dia kecil.

Pembinaan rumah mewah berkenaan melibatkan kos kira-kira £4 juta.


Selain itu dia juga menjanjikan makanan percuma tiga kali sehari kepada warga emas dan mereka yang berpendapatan rendah.

“Saya mempunyai wang dan saya tahu apa yang saya lakukan. Saya juga tidak mahu lupa di mana asal usul saya,’’ katanya yang mahu mengenang jasa mereka yang membantu dia dan keluarganya selama ini.

Dalam pada itu, seorang warga emas, Qiong Chu, 75, berkata, ibu bapa Xiong Shuihua sendiri seorang yang baik hati dan kini anak mereka mewarisi sifat yang sama.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori