Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Akhbar Amanah Bakal Saingi...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) dalam proses menerbitkan akhbar sendiri.Setiausahanya, Mohd....

Peguam Tunjuk ‘Jari Tengah’...

SEORANG peguam 'menghadiahkan' isyarat lucah selepas ucapannya diganggu orang ramai yang menghadiri program...

Malaysia Tuntut Semak Semula...

PUTRAJAYA - Malaysia memfailkan permohonan semakan semula penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)  ke...

Azlan Man Hadapi 5...

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen,...

Juventus Dahului Tiga Mata; AS Roma Kecundang

MILAN – Juara, Juventus menerajui Serie A dengan kelebihan tiga mata selepas menewaskan Empoli 2-0, awal pagi semalam manakala pencabar utama, AS Roma kecundang 0-2 kepada Napoli.

Dalam satu lagi saingan Liga Itali itu, Inter Milan derita apabila dikejutkan Parma 2-0 dan ia sekadar menambah tekanan ke atas jurulatih, Walter Mazzarri.

Andrea Pirlo dan Alvaro Morata mendapatkan gol untuk Juventus dalam tempoh 11 minit babak kedua dan ia adalah pertemuan pertama kedua-dua pasukan sejak 2008.

Juventus akan menentang Olympiakos dalam saingan Kumpulan A, Liga Juara-Juara di laman sendiri, Selasa ini.


Dalam perlawanan lain, ledakan awal daripada Gonzalo Higuain dan jaringan lewat babak permainan oleh Jose Callejon memberi Napoli kemenangan 2-0 ke atas Roma.

Kemenangan penting ini melonjakkan barisan didik Rafael Benitez bergerak ke tangga ketiga carta liga.

Napoli dan Roma bertemu di Stadium San Paolo buat pertama akali sejak kematian pemain berusia 31 tahun, Ciro Esposito yang terbunuh ketika final Piala Itali, Mei lalu. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori