KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan akan menggunakan khidmat seorang pemain import dari Australia, dua dari Afrika dan seorang dari Eropah.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, persetujuan mengambil khidmat pemain import terbabit telah dimuktamadkan malam tadi.
“Malam ini KAFA terpaksa memuktamadkan senarai pemain import dan saya terpaksa bertegas dengan ejen yang gagal memenuhi syarat dan melapor diri mengikut `dateline’ kita.
“Tiada siapa yang lebih penting dari pasukan itu sendiri. Tempoh pendaftaran tinggal 10 hari saja lagi dan kita wajib muktamadkan mengikut kepentingan pasukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Annuar bagaimanapun memberi jaminan bahawa keempat-empat pemain import itu adalah pemain semasa dan berprestasi tinggi termasuk dua pemain kebangsaan 2014.
“Seorang bekas pemain kebangsaan dan seorang penjaring terbanyak 2014 di sebuah liga,” katanya. – mynewshub.cc