Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

DBKL Halang Busker Tempatan...

APALAH salah kumpulan penghibur jalanan atau dikenali sebagai busker yang cuba mencari rezeki sambil...

Bekas Personaliti TV, Ishak...

KUALA LUMPUR - Bekas personaliti TV, Ishak Nengah, 65, meninggal dunia hari ini...

Najib Bentang Bajet 2017...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri...

Jihad Palsu IS Bukan...

KUALA LUMPUR - Jihad palsu tawaran kumpulan militan IS bukanlah jalan pintas untuk...

Terkejut Balik Sambut Halloween, Anak Bawa Pulang Dadah

Seperti yang diketahui, ketika menyambut perayaan Halloween yang jatuh pada 31 Oktober setiap tahun, kanak-kanak merupakan golongan paling gembira terutama apabila acara ‘trick or treat’ dilakukan.

‘Trick or treat’ merupakan satu amalan yang dibuat ketika perayaan itu di mana kanak-kanak akan pergi dari rumah ke rumah untuk mendapatkan gula-gula.

Namun, satu pasangan suami isteri terkejut dengan penemuan satu paket berisi dadah gred A, Methaphetamine dalam bakul yang digunakan anaknya untuk memungut pemberian itu.

Pihak berkuasa di Hercules, California berkata, mereka dihubungi ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan dan melaporkan tentang penemuan sepaket kecil material yang pelik.

Sejurus pemeriksaan polis, mereka mengenalpasti yang paket kecil seberat 0.1 gram merupakan dadah ‘kelas atasan’ yang sangat berbahaya.


“Ia mungkin sengaja diletak, atau mungkin juga secara tidak sengaja. Kami masih belum mendapat sebarang petunjuk sehingga berjumpa dengan individu yang memberinya,” ujar Sarjan Ezra Tafesse.

Tambah Tafesse, ibu bapa patut membuat pemeriksaan terhadap gula-gula yang diberi kepada anak mereka ketika ‘trick or treat’ , supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori