Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

UPSI Cadang Buka Kampus...

BATU KURAU - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bercadang mewujudkan kampus keduanya di...

Kereta Dipercayai Milik Kevin...

HUTAN MELINTANG - Kereta yang dipercayai milik Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan...

Pelajar Tingkatan 4 Hilang...

Seorang pelajar tingkatan empat dipercayai hilang selepas menyertai satu perlmubaan maraton di kawasan...

Pengurus Ladang Didakwa Eksploitasi...

KUALA KANGSAR - Seorang pengurus ladang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Kapal Angkasa Baharu NASA Sedia Untuk Penerbangan Ujian

CAPE CANAVERAL, Florida – Sebuah kapal angkasa baharu Amerika Syarikat(AS) yang direka untuk membawa angkasawan ke Bulan, Planet Marikh dan destinasi lain melangkaui Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) tiba di pad pelancarannya di sini baru-baru ini.

Kapal angkasa tersebut, Orion akan menjalani penerbangan ujian tanpa membawa manusia pada bulan depan.

Kapsul milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) itu melalui perjalanan sejauh 35 kilometer selama semalaman dan tiba di pad pelancarannya pada Rabu lalu.

Orio kemudian diletakkan di atas roket Delta IV untuk pelancaran ujian pada 4 Disember depan.

Penerbangan ujian tersebut bertujuan menguji sistem komputer, perisai haba, payung terjun dan peralatan lain yang dipasang pada Orion.

“Ini merupakan langkah pertama kami ke arah penerokaan Marikh,” kata Pengarah Pusat Angkasa Lepas Kennedy, Bob Cabana pada satu sidang media di sini.


Semasa penerbangan ujian itu, Orion akan terbang mengelilingi Bumi sebanyak dua kali pada ketinggian 5,800 kilometer sebelum menjunam ke atmosfera selaju hampir 32,000 kilometer sejam pada suhu sekitar 2,200 Celsius.

“Penerbangan sulung ini amat penting bagi kami,” kata Pengarah Pusat Angkasa Lepas NASA di Houston, Ellen Ochoa.

Dalam tempoh empat setengah jam selepas pelancarannya, kapal angkasa itu dijadual melakukan pendaratan dengan bantuan payung terjun di Lautan Pasifik pada jarak 1,000 kilometer dari San Diego, AS.

NASA membelanjakan sekitar AS$375 juta (1.2 bilion) untuk penerbangan ujian tersebut tidak termasuk kos Orion manakala perbelanjaan keseluruhan untuk misi berkenaan mencecah million AS$15 bilion (RM50 bilion). – Agensi

  • Lagi berita berkaitan:
  • NASA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori