Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Amaran angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori...

Fesyen Rambut ‘Pompadour’ Digilai...

KUALA LUMPUR - Rambut 'Pompadour' yang merupakan gaya rambut Raja Rock & Roll...

Comprehension Male Psychology Will...

For another task I've pasted an article structure that is perfect, it's taken...

BERSATU Tolak Peletakan Jawatan...

PETALING JAYA - Mesyuarat tergempar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memutuskan menolak peletakan...

Karnival Upin Ipin Dapat Maklum Balas Negatif Ibu Bapa?

DAH start cuti sekolah, maka banyaklah agenda telah direncanakan ibu bapa untuk mengisi masa cuti anak-anak mereka.

BACA:  Demi Upin & Ipin, Mak Bapak Sanggup Daki Bukit Ke PICC 

Antaranya, mengunjungi Karnival Upin Ipin yang diadakan bermula Jumaat lalu sampai hari ini di Dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ia dikatakan mendapat sambutan mengalakkan daripada ibu bapa yang membawa anak mereka ke karnival tersebut.

Namun yang tak sedapnya, karnival ini telah menerima rungutan sebilangan besar pengunjung yang tidak puas hati dengan perjalanan acara yang disifatkan tidak mesra pengunjung.

Antaranya pengunjung yang juga seorang bapa, Amirul Naim meluahkan kekecewaannya di laman Facebook Upin & Ipin sendiri mengenai beberapa permasalahan ketika berkunjung ke sana, semalam.

Menurutnya, pihak penganjur sepatutnya mengadakan karnival ini di venue lebih luas dan selesa memandangkan kebanyakan ibu bapa yang datang membawa stroller anak yang dah pasti mengambil ruang sepanjang majlis itu berlangsung, di dewan PICC yang disifatkannya agak kecil dan sempit.


Amirul Naim berpendapat pihak penganjur seharusnya maklum satu karnival percuma pastinya mencatat jumlah pengunjung ramai justeru mereka seharusnya lebih peka dengan meletakkan sebuah projektor di luar dewan agar ibu bapa tak perlu susah payah mendukung anak sepanjang pertunjukan watak animasi berlangsung.

karnival-2

Dan yang lebih menambahkan ‘kebengangan’ bapa muda ini adalah kehadiran pengunjung yang terlampau sesak di PICC disebabkan karnival ini turut diadakan serentak pada minggu sama dengan majlis graduasi Universiti Mahsa yang merangkumi 5000 tetamu dan juga persidangan korporat melibatkan 3000 peserta.

Hah, padanlah sesak semacam PICC tu!

Diharapkan pihak penganjur dapat mengambil serba sedikit teguran yang diberikan ini secara positif agar dapat memperbaiki lagi penganjuran karnival ini pada masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori