Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

SJKT Taman Sentosa Pemangkin...

KLANG - Sebut sahaja Taman Sentosa, perkara pertama yang terlintas di fikiran kebanyakan...

Kayuh Basikal Dari China...

TAIF - Seorang lelaki warga China tiba di bandar ini selepas mengayuh basikalnya...

Comel, Dua Beradik Antara...

TRAGEDI pesawat Egypt Air di lautan berdekatan kepulauan Greece, Karpathos Khamis lepas telah...

Singapura Terus Kekal Bandar...

SINGAPURA – Sekali lagi buat tahun kedua berturut-turut, tinjauan yang dijalankan oleh majalah...

Karya Klasik Perlu Disebar Menerusi Teknologi Digital

KUALA LUMPUR -Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan supaya hasil karya klasik disebarluaskan kepada masyarakat dengan pendekatan kreatif menggunakan teknologi multimedia dan digital.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penyebaran secara itu akan menjadikan hasil karya lebih menarik dan menyegarkan.

Ia juga, kata beliau, dapat menarik minat masyarakat daripada pelbagai kaum dan peringkat umur untuk membaca dan menghayatinya.

“Keupayaan mengenal dan memahami ini akan membantu dalam pembentukan jati diri bangsa Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Madinah Mohamad; dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Awang Sariyan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, penulisan karya ilmiah dalam bahasa Melayu harus diberi pengiktirafan yang tinggi setaraf Hadiah Sastera Perdana Malaysia.


Beliau berkata, usaha DBP memberi hadiah karya ilmiah dalam bidang sains dan teknologi yang disampaikannya pada majlis pelancaran bulan bahasa peringkat kebangsaan pada bulan lepas, adalah usaha awal yang baik.

Timbalan Perdana Menteri berkata, karya sastera yang baik terletak pada penggunaan bahasanya yang baik dan mampu menyampaikan kisah, pesan, falsafah dan kebijaksanaan kepada pembaca.

Ahli bahasa dan ahli persuratan, kata beliau, saling memerlukan dalam pembinaan tamadun bangsa dan tamadun bangsa hanya dapat dibangunkan dengan menggunakan bahasa sendiri.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata jasa dan sumbangan tokoh dan ahli bahasa wajar diberi penghargaan dan pengiktirafan tinggi.

“Saya menyarankan agar Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan pemberian anugerah bahasa kepada tokoh bahasa negara setaraf, yang sama tarafnya dengan dengan Anugerah Sastera Negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori