Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bajet 2015 Ambil Kira...

KUALA TERENGGANU - Bajet 2015 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

Justin Bieber Catat Rekod...

PENYANYI sensasi antarabangsa kelahiran Kanada, Justin Bieber baru-baru ini mencipta rekod tersendiri apabila...

Sebanyak 242 RMM Generasi...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan sebanyak 242 rumah teres setingkat berharga RM80,000...

Kain Rentang Bantah Tulisan...

KUALA LUMPUR - Beberapa sekolah vernakular di sekitar Lembah Klang dipercayai mula menaikkan...

Kastam KLIA Rampas 6 Pistol, 4 Senapang Tiruan

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merampas enam pucuk pistol dan empat laras senapang tiruan berserta aksesori kira-kira 11.30 pagi semalam.

Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim, berkata berdasarkan maklumat awam dan risikan, Bahagian Penguatkuasaan KLIA telah membuat pemeriksaan ke atas syarikat penghantaran ekspres FedEx di Zon Bebas Cukai (FCZ) KLIA.

“Hasil pemeriksaan menemui lima bungkusan dan siasatan lanjut mendapati ia mengandungi senjata api tiruan.

“Semua senjata api tiruan ini pada mulanya akan dihantar kepada penerima mengikut alamat yang ditetapkan tetapi penerima membatalkannya dengan memaklumkan melalui emel kepada FedEx.


“Berdasarkan maklumat pengirim, semua barangan itu dihantar oleh pengirim dari Amerika Syarikat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang larangan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum 10 kali ganda nilai barang atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori