Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Tun Dr. Ismail Mahukan...

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) dengan kenyataan anak kepada...

Pembuli Jalan Raya Ditahan

PULAU PINANG - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu perkelahian...

Harga Promosi MYTV Dilanjutkan...

KUALA LUMPUR - MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. kini melanjutkan harga promosi dekoder digital...

Nuha Tulis Lagu ‘Kekasih...

BEKAS peserta program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF14) Nuha atau nama sebenarnya Syamila...

Kawasaki Ninja H2, Motosikal Paling Laju Di Dunia

DUNIA pemotoran antarabangsa kini berbangga apabila pengeluar motosikal terkemuka Jepun, Kawasaki semalam melancarkan motosikal paling pantas di dunia model Ninja H2 yang diilhamkan daripada teknologi terbaik kereta lumba Formula One.

Motosikal berkuasa tinggi tersebut dengan slogan ‘Dibina Melangkaui Kepercayaan’ dan berat keseluruhan hanya satu perlima daripada sebuah kereta biasa itu mampu membuat pecutan dari 0 sehingga 100 kilometer sejam dalam masa cuma kurang 2.5 saat.

Pengarah Urusan Kawasaki Motors Australia, Kenichi Hashiba dilaporkan berkata, Ninja H2 bakal menyaingi kehebatan motosikal paling laju di dunia keluaran syarikat Kawasaki sendiri sebelum ini iaitu Ninja ZX14-R yang dihasilkan sejak tahun 2010 lalu.

Ia juga dijangka mengatasi kehebatan Ducati Diavel keluaran sejak 2011, Yamaha VMAX sejak 2010 dan Suzuki GSXR-1000 sejak 2006.

Motosikal ini djadualkan memasuki pasaran Australia bermula awal tahun depan dengan harga runcit A$30,000 (kira-kira RM86,800). – Agensi

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori