Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

KKMM Pergiat Jalinan Perkongsian...

BANGI - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mempergiat usaha menjalin perkongsian pintar dan...

Ahli UMNO Diingatkan Tak...

Ahli akar umbi UMNO diingatkan agar tidak bertelagah memilih calon untuk bertanding pada...

Dua Beradik Hidap Penyakit...

DIEPENBEEK - Dua adik beradik yang menghidap sejenis ‘penyakit cepat tua’ melangkaui jangka...

GAMBAR: Tauke Berbadan Sado...

MEMILIKI raut wajah kacak serta mempunyai tubuh badan sasa atau 'sado' sememangnya bonus...

KDN Seru Masyarakat Banteras Kegiatan PPS

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengingatkan tiada mana-mana pihak boleh menggunakan nama, simbol, lambang atau logo Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) yang diharamkan pada 3 November lalu.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff berkata, PPS telah diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.

“Pasukan PPS merupakan pertubuhan yang menjalankan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam dalam negara ini.

“Saya menyeru masyarakat memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan membanteras aktiviti PPS yang dianggap bercanggah dengan undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamad Khalid berkata, sejajar dengan pengharaman itu juga segala akaun, aset, harta pasukan PPS akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.


Tambah beliau, tiada mana-mana individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil PPS lagi.

Tegasnya, mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti PPS akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

KDN sebelum ini mengarahkan kerajaan DAP Pulau Pinang membubarkan segera PPS kerana badan itu merupakan sebuah organisasi haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

PPS turut didakwa menyalah guna status sukarelawan pertubuhan itu untuk menjalankan kerja-kerja seperti polis dengan menahan dan menangkap orang ramai di Pulau Pinang. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori