Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Johor Destinasi Pertama Konsert...

PETALING JAYA - Kumpulan Estranged bakal mengadakan konsert jelajah berjudul Konsert Estranged Sepenuhnya...

7,000 Pek Kurma Untuk...

KUALA LUMPUR – Sempena ketibaan bulan Ramadan tahun ini, Lebuhraya KL- Kuala Selangor...

Hos Steve Harvey Silap...

MEMALUKAN...Itu yang terjadi apabila hos pertandingan Ratu Cantik Dunia 2015, Steve Harvey tersalah...

Hsien Loong Jumpa Donald...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan menjadi hos kunjungan Perdana...

Kebakaran 3 Rumah, 40 Individu Tinggal Sehelai Sepinggang

TAWAU – Empat puluh individu tinggal sehelai sepinggang setelah tiga buah rumah papan yang didiami mereka di Kampung Pasir Putih di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzex berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihaknya menerima aduan tentang kejadian itu pada 8.15 pagi dan menghantar 25 anggota bersama dua jentera ke tempat kejadian.

“Kami turut dibantu 12 anggota daripada Jabatan Pertahanan Awam dan ketika kami sampai di lokasi kejadian, tiga rumah berkenaan hampir musnah dan kebakaran dapat dikawal pukul 8.45 pagi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, seorang mangsa, Junata Juli, 39, berkata ketika kejadian api marak dan merebak dengan pantas.


“Ketika itu saya baru hendak pergi kerja tiba-tiba saya terdengar isteri saya berteriak ‘api…’ . Saya terus berlari dan mengarahkan ahli keluarga yang masih berada di dalam rumah agar menyelamatkan diri,” katanya yang menetap di situ sejak 20 tahun lepas.

Seorang lagi mangsa, Amit Alpah, 70, berkata dia bersyukur kerana kesemua 10 anggota keluarganya selamat.

“Saya cuba menyelamatkan sebahagian barang, namun ia musnah dimamah api yang merebak sehingga ke tepi jalan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori