Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Merarau’, ‘Gabi’ Bukan Istilah...

PERKATAAN 'cicipan', 'merarau', dan 'gabi' bukan penamaan baharu yang dikeluarkan Dewan Bahasa dan...

King Sing Tolak Lantikan...

SHAH ALAM - Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing...

Kami Hormati Keputusan Dun...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini berkata beliau menghormati...

Prebet Dipenjara 9 Bulan...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota tentera dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi di...

Kecoh Jokowi Cakap Inggeris Pelat Jawa Di APEC 2014

JAKARTA – Buat julung kalinya, presiden baharu Indonesia mencipta sejarah tersendiri pada sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Beijing, China bukan kerana jadi pemimpin asing pertama ditemui Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam.

Sebaliknya beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Jokowi melakar rekod baharu sebagai presiden Indonesia pertama berucap dalam bahasa Inggeris masa sesi pembentangan solo pemimpin APEC 2014 bersama 1,500 ketua pegawai eksekutif dari serata dunia semalam.

Dalam ucapan selama 13 minit, Jokowi menerangkan pelbagai rancangan pembangunan di Indonesia yang bakal dilaksanakan dan pada akhir pidato tersebut, beliau dengan yakin mengajak semua 21 buah negara Asia Pasifik datang menanam modal di republik itu.

Namun, ucapan Jokowi itu menerima pebagai reaksi bercampur-baur di Indonesia kerana selain ada memuji beliau yang mampu bertutur fasih bahasa Inggeris, tidak kurang juga kagum dengan jati diri kental presiden itu berucap tetapi masih kekal pelat Jawa pekat.

“Perbendaharaan Inggeris beliau meskipun sederhana namun baik tanpa catatan nota malah presiden guna sendiri pointer (penunjuk arah laser) dan mampu kendali Power Point masa pembentangan,” kata Presiden East-West Center Indonesia, Charles Morrison.


Dalam pada itu, ada juga mengkritik penggunaan bahasa asing oleh Jokowi kerana ia jelas menyalahi perlembagaan Indonesia yang termaktub menerusi Undang-undang Fasal 28 Tahun 2009 berkaitan hal ehwal bendera, bahasa, lambang negara dan lagu kebangsaan.

“Presiden wajib guna bahasa Indonesia ketika berucap di luar negara. Bukan kerana tidak tahu atau tidak mahu bahasa Inggeris, tetapi ini jadi contoh kepada rakyat,” kata Dekan Undang-undang Antarabangsa, Universiti Indonesia, Hikmahanto Juwana. – Agensi

Presiden Indonesia, Joko Widodo menjadi pemimpin asing pertama ditemui Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sempena sidang APEC 2014 di Beijing, China semalam.

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori