Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Beradik Dikhuatiri Lemas...

PASIR SALAK - Dua beradik termasuk seorang kanak-kanak berumur enam tahun dikhuatiri lemas...

Arab Saudi Tangguh Rundingan...

RIYADH : Arab Saudi menangguhkan rundingan mengenai kemungkinan untuk kembali menormalisasikan hubungan dengan...

Polis Tahan Lelaki, Rampas...

TUARAN - Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah dipercayai jenis ganja...

Mexico Catat Kes Bunuh...

LONDON - Institut Antarabangsa untuk Kajian Strategik (IISS), melaporkan sebanyak 23,000 kes bunuh...

Kedai Emas Dipecah Masuk, Pemilik Kerugian RM100,000

MELAKA – Seorang pemilik kedai emas kerugian kira-kira RM100,000 selepas premisnya di Jalan Bunga Raya dipecah masuk pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata pemilik berusia lingkungan 40-an itu hanya menyedari kedainya dipecah masuk ketika mahu memulakan perniagaan pada pukul 8.45 pagi.

Beliau berkata pemiliknya mendapati peti besi yang menyimpan pelbagai barang kemas telah diumpil dan kesemua barangan hilang.

“Hampir kesemua barang kemas di meja pameran di bahagian hadapan premis turut dilarikan,” katanya kepada pemberita.

Premis tersebut dipercayai dipecah masuk antara pukul 5 petang semalam dan 8 pagi tadi.


Shaikh Abdul Adzis berkata siasatan awal mendapati penjenayah memecah masuk melalui bumbung dan keluar melalui laluan sama.

Beliau berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai itu menunjukkan lebih daripada seorang suspek terbabit.

Mereka sedang diburu.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori