KUALA LUMPUR – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia akan ditutup pada 11 November ini bersempena cuti umum Hari Veteran negara itu.
Kedutaan AS dalam satu kenyataan memberitahu, Hari Veteran di AS bertujuan menghormati dan menghargai semula anggota tentera negara tersebut.
“Perayaan dan perarakan akan diadakan di seluruh AS untuk berterima kasih kepada anggota tentera yang berkhidmat untuk AS pada waktu perang dan aman,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, semua perkhidmatan di Kedutaan AS di Malaysia termasuk urusan visa dan passport akan beroperasi semula pada 12 November 2014.
Orang ramai bagaimanapun masih boleh menghubungi pejabat kedutaan itu di talian 03-2168 5000 jika berlaku kecemasan.