Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sindiket Guna Bahan Tidak...

MUAR - Sindiket dadah di negara ini dikesan sudah membuat kajian awal bahan-bahan...

Tempahan Vaksin Astrazeneca Dibuka...

KUALA LUMPUR - Tempahan untuk vaksin AstraZeneca dibuka kepada semua orang di Malaysia...

TM Umum Gangguan Internet...

ANDA mungkin menyedari masalah kelembapan melayari Internet yang bagaikan 'kencing tak lawas' saja sejak...

WhatsApp Sekat Pengguna India

NEW DELHI – Aplikasi mesej WhatsApp mengumumkan untuk mengehadkan penyebaran mesej oleh seramai...

Kehadiran Penyokong Anwar Tidak Pengaruhi Keputusan Mahkamah

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kesal dengan laporan akhbar Utusan Malaysia pada 6 November lalu bertajuk “Kes Anwar: Majlis Peguam, Suhakam amalkan dwi standard”.

Pemangku Pengerusi Suhakam, Datuk Dr. Khaw Lake Tee berkata, perhimpunan aman termasuk di luar mahkamah mesti diiktiraf sebagai satu bentuk demokrasi yang sah untuk orang ramai menyatakan pendirian mereka.

“Suhakam tidak menerima sebarang aduan mengenai dakwaan salah laku atau tindakan dalam perhimpunan yang berlaku di luar Istana Kehakiman di Putrajaya.

“Suhakam yakin perhimpunan tersebut tidak boleh mempengaruhi, menghalang penemuan, keputusan atau penghakiman mahkamah atau menjejaskan kebebasan badan kehakiman berkenaan untuk memberikan keadilan dalam rayuan kes itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Lake Tee berkata, Suhakam tidak boleh membuat kenyataan berhubung perkara itu kerana Suhakam dihalang sepertimana yang terkandung oleh Akta penubuhannya untuk membuat sebarang kenyataan sesuatu kes yang masih berada di bawah pertimbangan kehakiman.

Akhbar Utusan Malaysia sebelum ini membidas Majlis Peguam dan Suhakam kerana ‘memilih bulu’ dengan membiarkan sahaja para penyokong Anwar mencabar sistem undang-undang dan menggunakan demonstrasi jalan raya untuk mempertahankan Ketua Pembangkang itu.

Menurut akhbar itu, kedua-dua institusi tersebut perlu sedar bahawa bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan juga mempunyai hak untuk mendapatkan keadilan daripada sistem undang-undang di Malaysia tanpa dipengaruhi ugutan demonstrasi para penyokong Ketua Pembangkang itu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori