Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

APMM Sita Penyu, Ikan...

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas seekor penyu dan 40 kilogram (kg) ikan yu daripada...

Kenaikan Tol: Kerajaan Tidak...

KUALA LUMPUR - Kerajaan berpendapat ia tidak harus terus menanggung pampasan yang sangat...

Video: Kemalangan Motosikal ‘Hantu’...

BOLEHKAH anda meneka dari mana datangnya pembonceng motosikal dalam video ini? Menerusi video yang...

Kemajuan Negara: Peranan Wanita...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sesebuah negara tidak...

Kejadian Ulama Ditembak Di Sydney Dikaitkan Dengan IS

CANBERRA – Kes seorang ulama Syiah yang ditembak di luar sebuah pusat Islam di Sydney mungkin dipengaruhi pergerakan Negara Islam (IS), kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott hari ini.

Dalam kejadian itu, Rasoul Al Mousawi, 47, ditembak dengan senapang patah di muka dan bahu oleh penembak di luar Pusat Husainiyah Nabi Akram di pinggir bandar Greenacre awal pagi semalam.

Polis berkata, kecederaan yang dialaminya bagaimanapun tidak mengancam nyawa mangsa.

Seorang saksi yang enggan dinamakan, memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) suspek terbabit yang memandu kereta beberapa kali di tempat kejadian sebelum melepaskan tembakan itu, sambil melaungkan ungkapan ‘IS hidup selama-lamanya’ dan ‘Anjing Syiah’.

Abbott mengesahkan bahawa pihak berkuasa mengesyaki pergerakan IS bertanggungjawab di sebalik kejadian berkenaan.

“Nampaknya terdapat ajaran salah ISIL berhubung kematian mempengaruhi kejadian di Sydney dalam tempoh 24 jam lalu.


“Perkara paling penting bagi kita semua adalah untuk menolak ajaran salah berhubung kematian ini dan seperti dikatakan rakan saya, Perdana Menteri Malaysia, Najib (Razak) yang berupa Muslim yang soleh, ajaran salah berhubung kematian oleh ISIL adalah bertentangan dengan Tuhan, bertentangan dengan Islam dan bertentangan dengan nilai kemanusiaan,” katanya.

Kerajaan negara itu juga menyalahkan pergerakan IS atas keganasan di bandar raya Melbourne pada September lalu di mana suspek pengganas berusia 18 tahun ditembak mati selepas menikam dua anggota polis.

Baru-baru ini pasukan antikeganasan melakukan serbuan dari rumah ke rumah di Sydney, Melbourne dan Brisbane iaitu tiga bandar raya terbesar di Australia dalam beberapa bulan lalu dan mendakwa beberapa orang atas kesalahan berkaitan keganasan. – AP

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori