Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bukan Dasar Kerajaan Halang...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bukan dasar kerajaan menghalang...

Suspek Curi Motosikal Cuba...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang disyaki aktif dalam kegiatan curi motosikal, ragut...

SRC International Bukan Milik...

KUALA LUMPUR – Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhamad Akmaludin Abdullah memberitahu...

Bogel Naik Motosikal, Nak...

PONTIANAK (Kalimantan Barat) - Seorang wanita Indonesia mencetuskan kekecohan di sini apabila dia menunggang...

Kelantan Siap Sedia Hadapi Bencana Banjir

KOTA BHARU – Kesemua jabatan dan agensi terlibat pengurusan bencana banjir di Kelantan sudah bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan banjir sepanjang musim tengkujuh ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Kelantan Datuk Makhtar Mustapha berkata pihaknya telah menyediakan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi menghadapi bencana banjir pada tahun ini.

“Peruntukan itu meliputi peralatan seperti selimut, tikar, sardin dan sebagainya yang akan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Turut hadir Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan Rosnani Mat Husin.

Katanya dari aspek logistik pula, pihaknya telah menyediakan sebanyak 75 buah lori, 277 pacuan empat roda, 168 bot, 23 van serta dua helikopter.


Beliau berkata terdapat 729 pusat pemindahan banjir di seluruh negeri dan 170 pangkalan hadapan telah dikenal pasti di setiap daerah.

“Kita turut mengenal pasti beberapa kawasan panas yang sering dilanda banjir antaranya Kuala Krai, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu,” katanya.

Makhtar berkata senbanyak 3,000 petugas terdiri daripada agensi kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPAM), Jabatan Pertahanan Awam sepanjang musim banjir ini.

“Semua cuti petugas yang terlibat banjir telah dibekukan dan mereka ini bersiap sedia untuk digerakkan sebaik sahaja banjir mula melanda dan kita beri jaminan bekalan makanan akan mencukupi dan mampu menampung mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan ke pusat pemindahan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori