Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Piala Dunia 2018: Kane...

VALETTA - Harry Kane meledak dua gol untuk membantu skuad England kendalian Gareth...

Rafizi Ramli Dipenjara 18...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli hari ini dijatuhi hukuman...

Sidang Dewan Rakyat Ke-13...

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat ke-13 ditangguhkan pada tengah hari ini, menamatkan...

Buat Semakan Awal Sekatan...

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar...

Keluarga Remaja Rempuh Wanita, Hadir Mohon Maaf

Keluarga remaja tingkatan empat yang merempuh seorang wanita dalam kemalangan maut di Jalan Pasit Panjang, Kuala Terengganu kelmarin hadir memohon maaf kepada keluarga mangsa sehari selepas tragedi itu berlaku.

Bapa pelajar berkenaan, Ahmad Azidy Abd Malek, 45, menzahirkan simpati mereka keluarga wanita berkenaan Allahyarham Dayang Che Abd Kadir, 51, yang terkorban dalam nahas berkenaan, memetik laporan Sinar Harian.

Dayang Che ketika kejadian, menolak anaknya yang berusia 12 tahun Mohamad Izzuddin Nazmi Ibrahim ke tepi jalan dan membiarkan dirinya dirempuh motosikal yang ditunggang oleh Ahmad Nabil Syazwan, 16.

BACA – GAMBAR : Ibu Terkorban Nyawa Demi Selamatkan Anaknya

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSaya datang untuk minta maaf di atas apa yang terjadi, lagipun perkara ini berlaku tanpa diduga dan tiada siapa minta ia berlaku, apatah lagi sehingga menyebabkan kematian. Baru hari ini (semalam) saya sempat datang ke sini kerana sibuk uruskan soal anak.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSaya sendiri terkejut apabila diberitahu mangsa yang dirempuh Nabil meninggal dunia. Saya tahu pun melalui rakan-rakan yang datang ziarah anak saya di Hospital Sultanah Nur Zahirah,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lorong Surau Baru, Kampung Pasir Panjang semalam.

Ahmad Azidy berkata, anaknya Nabil turut cedera dalam kemalangan itu di bahagian geraham dan patah ibu jari kaki kanan.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œAlhamdulillah pada hari kejadian, doktor selesai membuat pembedahan di bahagian gerahamnya dan hari ini (semalam) baru sahaja selesai meletakkan simen pada jari kaki kanannya yang patah.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œHari ini juga doktor sedang dalam proses membuat imbasan pada bahagian kepala serta seluruh tubuh badannya untuk pastikan tiada kecederaan dalaman,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.


Nabil yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bariah diberitahu bapanya berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital.

Bagi Mohamad Izzuddin pula, kesedihan melihat ibu senditi rebah dan meninggal dunia dalam kejadian itu masih menjadi trauma bagi dirinya.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œDia belum makan apa-apa sejak semalam (kelmarin) dan masih tidak bercakap mengenai kejadian itu,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā kata bapa Mohamad Izzuddin.

Ibrahim Muda, 55, berkata, Izzuddin masih terkejut kerana ketika kejadian Izzuddin dan ibunya sedang berpegangan tangan untuk menghantarnya ke sekolah.

Semalam, Mohamad Izzuddin menerima kunjungan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu Datuk Mohd Sabri Alwi dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang Ros Haya Aziz untuk meninjau keadaannya.

Menurut Ros Haya, pihak sekolah akan memantau perkembangan Izzuddin kerana dia seorang pelajar yang berpotensi di dalam akademik dan tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepadanya akibat kemurungan.ƃā€šĆ‚Ā – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori