Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

4 Lelaki Ditahan Ketika...

SUNGAI PETANI - Empat lelaki berumur lingkungan 19 hingga 25 tahun ditahan dalam Operasi...

Ali Tinju Dibebas Dengan...

KUALA LUMPUR - Veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju yang ditahan...

Kes Culik Lelaki Palestin...

Putrajaya : Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa prosiding kes culik...

Pakatan Harapan Akui Tolak...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mengakui rancangan pembangkang untuk menolak Bajet 2016 bukan...

Kematian Akibat Ebola Kini Mencecah 7,000: WHO

GENEVA – Hampir 7,000 orang maut akibat Ebola di barat Afrika, dengan laporan terbaharu dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan ada 1,200 lagi kematian daripada jumlah keseluruhan yang dikeluarkan Rabu lalu.

Data yang diumumkan oleh badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada lewat Jumaat lalu menunjukkan 16,169 orang dijangkiti Ebola dan 6,928 daripada mereka meninggal dunia di tiga negara yang dilanda teruk wabak itu – Sierra Leone, Guinea dan Liberia.

Rabu lalu, WHO mengumumkan jumlah kematian akibat Ebola di tiga negara berkenaan kini mencecah 5,674, dengan 15 kematian di negara lain.

WHO tidak memberikan penjelasan bagaimana jumlah kematian yang makin meningkat itu terutama di Liberia, namun jumlah kematian terbaharu itu kemungkinan termasuk kes yang tidak dilaporkan sebelum ini.

WHO bagaimanapun memberitahu, terdapat kesulitan untuk mengumpul jumlah berkenaan dengan kadar korban kematian wabak itu kini sekitar 70 peratus.

Badan itu percaya angkat kematian adalah lebih banyak daripada yang didaftarkan setakat ini.

Kematian paling tertinggi Ebola setakat ini ialah di Liberia walaupun pemerhati memberitahu penyebaran virus maut itu semakin perlahan sejak beberapa minggu lalu.


Namun, jumlah kematian Ebola di Liberia kini mencecah 4,181 daripada 7,244 kes jangkitan.

Sierra Leone pula menurut WHO masih berdepan dengan wabak yang merebak dengan pantas di beberapa bahagian di negara itu dengan jumlah kematian kini 1,461 orang daripada 6,802 kes, meningkat dari 1,398 kematian dan 6,599 kes pada 26 November lalu.

Guinea yang dilanda wabak berkenaan hampir setahun lalu kini mencatat jumlah kematian 1,284 daripada 2,123 kes, meningkat daripada 1,260 kematian dan 2,134 kes dua hari lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, WHO melaporkan Mali adalah negara terbaharu dilanda Ebola, dengan lapan kes disahkan dengan enam kematian.

Nigeria yang mempunyai lapan kematian Ebola dan Senegal, dengan satu kes, bagaimanapun tidak mempunyai kes baharu sejak 57 hari lalu, sekali gus kedua-dua negara kini mengisytiharkan bebas Ebola. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ebola

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori