Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

1MDB: UMNO Akan Kemuka...

KUALA LUMPUR – Wang UMNO adalah dari sumber yang sah dan bukan daripada...

VIDEO: Tergamak Rembat Handbag...

TAK tahulah di mana sifat keperimanusiaan individu ni yang sanggup mencuri beg tangan...

KTMB Tambah 10 Gerabak...

KANGAR - Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) dan KTM Intercity, Keretapi Tanah Melayu...

Aishah Azman Bimbang Dilabel...

RASA-RASANYA pendatang baru dalam industri tanah air boleh disamakan dengan peribahasa 'cendawan tumbuh...

Kempen ‘CIMB Ultimate Dream’ Tawar 3 Unit Kondo

KUALA LUMPUR – CIMB Bank menawarkan tiga unit kondominium mewah di Pantai Sentral Park sebagai hadiah utama bulanan menerusi kempen ‘CIMB Ultimate Dream’ yang bermula hari ini hingga 28 Februari 2015.

Selain kondominium bernilai lebih RM730,000 seunit itu, pelanggan sedia ada dan baharu CIMB juga berpeluang memenangi tiga unit Inwood Residences di Bukit Kerinchi dan 106 unit iPhone 6.

“Kami memutuskan kempen ini membabitkan pelbagai produk agar boleh disertai semua pelanggan tanpa mengambil kira gaya hidup dan keperluan kewangan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna CIMB Bank, Renzo Viegas dalam kenyataan hari ini.

Pelanggan layak secara automatik menyertai pertandingan ini dengan hanya mendaftar untuk perkhidmatan atau berbelanja menggunakan produk runcit CIMB Bank atau CIMB Islamic.

Produk terbabit ialah kad kredit/debit, deposit, hartanah, ASB, pembiayaan sewa beli dan pinjaman peribadi, pelaburan pengurusan kekayaan serta insurans dan insurans takaful.


CIMB menyasarkan 300,000 akaun baharu dan nilai jualan lebih RM12 bilion sepanjang kempen.

Pelanggan yang mendaftar serta memenuhi syarat untuk kad kredit baharu, pembiayaan sewa beli atau hartanah sepanjang tempoh kempen juga akan menerima bagasi beroda Valentino Creations bernilai RM830.

Maklumat lanjut mengenai produk dan juga pertandingan itu boleh diakses menerusi laman sesawang www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com.

CIMB Bank adalah bahagian perbankan pengguna CIMB Group, menawarkan perkhidmatan perbankan runcit, komersial dan korporat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • CIMB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori