Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sarawak Bina Empangan Trusan...

KUCHING - Kerajaan negeri telah memutuskan untuk meneruskan usaha membina empangan Trusan, kata Ketua...

Subramaniam Mahu Bawa Perubahan...

JOHOR BAHARU - Hasrat untuk bertanding jawatan nombor satu parti MIC Jun depan...

UMNO Terengganu Sokong Ahmad...

KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan UMNO Terengganu akan menyokong sepenuhnya pencalonan Ketua UMNO...

Anak VIP Dikompaun Langgar...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan seorang anak kenamaan (VIP) antara 29 pengunjung yang...

Keputusan Kes Hosni Mubarak Hari Ini

KAHERAH – Sebuah mahkamah Mesir akan membuat keputusan berhubung perbicaraan semula kes bunuh membabitkan bekas Presiden, Hosni Mubarak, hampir empat tahun selepas beliau digulingkan berikutan kebangkitan rakyat.

Menurut agensi berita rasmi MENA, tahap keselamatan di sekitar mahkamah di sebuah akademi polis di luar Kaherah ditingkatkan menjelang pengumuman keputusan itu dengan 5,000 anggota polis dikerah berkawal.

Mubarak, 86, didakwa bersama tujuh bekas pemerintah polis terbabit dalam pembunuhan ratusan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011 yang menamatkan pemerintahan beliau selama tiga dekad.

Mahkamah Rayuan sebelum ini membatalkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Mubarak pada 2012 atas faktor teknikal.

Keputusan perbicaraan semula itu pada mulanya dijadualkan pada 27 September lalu tetapi Ketua Hakim, Mahmud Kamel al-Rashi, menangguhkan dengan alasan beliau belum selesai menulis penghakimannya beliau selepas perbicaraan semula menyaksikan ribuan fail kes dipersembahkan.


Mahkamah itu juga dijadualkan membuat keputusan berhubung dakwaan rasuah terhadap Mubarak dan dua anak lelaki beliau.

Anak beliau, Alaa dan Gamal, tiba di mahkamah itu hari ini bersama tertuduh lain iaitu bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly.

Jika dilepaskan, Mubarak tidak akan dibebaskan kerana beliau sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun dalam kes rasuah berasingan. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mesir

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori