Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Terus Kekal...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

PAC Sah Bakke Tak...

KUALA LUMPUR - Penipuan jentera siber pembangkang nampaknya semakin keterlaluan apabila berterusan memutar...

Polis N.Sembilan Tumpaskan Kongsi...

SEREMBAN - Polis menumpaskan 'Geng 36' ekoran penangkapan 34 anggota kumpulan kongsi gelap...

Kerana Mak Cun, Erma...

PETALING JAYA - Gara-gara watak Mak Cun, pengarah dan pelakon Erma Fatima memberitahu...

Kerajaan Haram Penggunaan Pukat Tunda Di Zon B Mulai 1 Jan 2016

KUANTAN – Kerajaan akan mengharamkan penggunaan pukat tunda di Zon B (komersial) mulai 1 Jan 2016 yang melibatkan kira-kira 5,000 nelayan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sehubungan itu kerajaan akan membuka semula lesen pukat jerut untuk nelayan di zon B dan C bermula 1 Jan 2015.

“Mulai 1 Jan 2016, kita akan batalkan lesen pukat tunda di Zon B terlebih dahulu, sebelum diperluaskan ke Zon C. Perkara ini akan dibincangkan kemudian dengan semua pihak termasuk persatuan nelayan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Road To Maha peringkat negeri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata dengan pengharaman pukat tunda di Zon B, pencerobohan nelayan Zon B ke Zon A (tradisional) dapat dibanteras.

Nelayan di Zon A tidak dibenarkan menggunakan pukat jerut kerana lokasi pengangkapan ikan adalah berhampiran kawasan pantai dan perahu fiber yang digunakan tidak sesuai untuk penggunaan pukat jerut, jelasnya.

“Ada nelayan Zon A meminta kebenaran untuk gunakan pukat jerut saiz yang lebih kecil daripada yang digunakan nelayan zon B dan C, tetapi kita
khuatir perkara ini akan menjejaskan pendapatan nelayan di zon itu yang memancing dan sebagainya.


“Kita juga bimbang perahu fiber nelayan Zon A tidak dapat mengangkat pukat jerut yang akan menyebabkan mereka kena tukar bot lebih besar. Ini akan memakan kos, bagaimanapun kita akan bincang semula perkara ini,” kata Ismail Sabri.

Beliau turut menasihati nelayan supaya tidak bergantung kepada hasil tangkapan laut semata-mata, sebaliknya mereka perlu mempelbagaikan sumber pendapatan mereka.

Katanya nelayan boleh melibatkan diri dalam program akuakultur yang disediakan kerajaan seperti memelihara ikan sangkar di dalam laut yang kerajaan memperuntukkan RM45 juta untuk projek itu.

Beliau berkata projek tersebut boleh membantu nelayan ketika mereka tidak dapat ke laut pada musim tengkujuh dan hasilnya boleh dijual ketika musim itu.

“Projek ini akan dijalankan secara berkelompok. Sangkarnya seperti yang digunakan di luar negara yang tahan gelora laut,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori