Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

APM Hilir Perak Terima...

TELUK INTAN - Sebanyak 211 laporan membabitkan kes tangkapan ular diterima Angkatan Pertahanan...

PBS Tolak Kerjasama Dengan...

KOTA KINABALU : Penolakan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk membentuk kerjasama dengan Parti...

Irfan Bakti Terkilan Skuad...

KUALA TERENGGANU – Walaupun berpuas hati dengan persembahan skuad Penyu ketika menentang Johor...

Hadi Awang Masuk Hospital...

BUNYI cerita macam serius.Namun setakat ini tidak tahu apa sakit yang dialami oleh...

Kerajaan Pertingkat Usaha Kesedaran Tentang Bangunan Hijau

LANGKAWI – Kerajaan sedang mempertingkatkan usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai program ‘bangunan hijau’ atau bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam di negara ini.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, semakin ramai pihak pemaju dan pemilik tanah tempatan telah menyahut seruan kerajaan bagi menepati keperluan penarafan bangunan hijau.

“Sehingga kini sebanyak 254 bangunan hijau mendapat pengiktirafan termasuk enam projek perbandaran yang meliputi keluasan tapak 112.4 juta kaki persegi (10.45 juta meter persegi) seluruh negara,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Pensijilan Logo bagi Pantai Tengah Green Community di sini hari ini.

Mahdzir berkata, antara jabatan yang mendapat pengiktirafan itu ialah jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.


Ciri-ciri bangunan hijau termasuk rekaan pendingin hawa, tadahan air hujan yang boleh digunakan di semua tandas bagi membolehkan air terawat digunakan untuk tujuan lain yang bertujuan melestarikan alam sekitar.

Mengenai Langkawi, beliau berkata sebanyak 120 syarikat termasuk pengusaha hotel, bot-bot pelancong serta pemandu teksi telah menyertai program hijau.

Katanya, kementerian mendapat kerjasama daripada sektor kerajaan dan swasta termasuk Majlis Pembandaran Bandaraya Pelancongan Langkawi (MPBPL), pegawai daerah dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menjayakan program hijau itu.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori