Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bertegas Enggan Jumpa Kamal...

PETALING JAYA - Pelakon Intan Ladyana menegaskan dia tidak perlu bersemuka dengan Kamal...

Hubungan Saya, Erra Fazira...

BARU-baru ini, pelakon dan pengacara Erra Fazira ada menyangkal khabar angin yang mendakwa...

Kes Dana RM2.6 Bilion:...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ditahan oleh Suruhanjaya...

Charlie Hebdo: Akhbar Denmark...

COPENHAGEN – Bangunan ibu pejabat Jyllands-Posten, akhbar kontroversi Denmark yang pernah mencetuskan kemarahan...

Kerajaan Sedia Timbang Status Lapangan Terbang Labuan

LABUAN – Kementerian Pengangkutan akan memberi status antarabangsa kepada Lapangan Terbang Labuan (LTL) jika ada peserta penerbangan antarabangsa yang berminat untuk menjadikan Labuan sebahagian daripada destinasi pilihan mereka.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata kerajaan sentiasa memberi sokongan kepada industri penerbangan dan pengendali lapangan terbang untuk menarik penerbangan antarabangsa.

“Jika terdapat permintaan bagi penerbangan antarabangsa daripada syarikat penerbangan asing untuk datang ke Labuan, kerajaan akan memberi sokongan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Labuan Liberty Port, di sini semalam.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan (DPMML), Datuk Yussof Mohammad berkata usaha itu akan membantu meningkatkan industri pelancongan.


Beliau berkata usaha berterusan perlu dilakukan untuk meningkatkan hubungan udara antara Malaysia dan negara jiran.

Yussof berkata adalah penting untuk memberi tumpuan dalam bidang pelancongan bagi meningkatkan imej Labuan sebagai destinasi pilihan pelancong.

“Untuk meningkatkan kekerapan penerbangan ke Labuan, sama ada dalam negeri atau penerbangan antarabangsa, kita juga harus melihat kepada kemudahan dan tarikan kepada pelancong,” katanya dan menambah ia mesti ditambah baik dan menarik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori