Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

VAR Bikin Piala Dunia...

MOSCOW - Jika sistem video bantuan pengadil (VAR) dicipta untuk memadamkan kontroversi dalam...

[TIDAK RASMI] PN Mendahului...

LANGKAWI : Perikatan Nasional (PN) dilihat masih mendahului calon lain dalam keputusan tidak...

Pengantin Zombi Pilih Tema...

LONDON - Sepasang pengantin membuat kelainan pada majlis perkahwinan mereka apabila memilih tema...

Umur Bersara M’sia Naik...

PUTRAJAYA: Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) menjangkakan had usia persaraan di negara ini...

Kerajaan Thai Ikrar Keamanan Di Wilayah Selatan

BANGKOK – Kerajaan tentera Thailand hari ini berikrar untuk membawa keamanan di wilayah selatan yang didominasi penduduk Muslim dalam tempoh setahun selepas diheret konflik berpanjangan.

Keganasan yang berlaku di selatan Thai dilaporkan sudah mengorbankan lebih 5,700 orang sejak Januari 2004.

Polis berkata dalam kejadian terbaru Jumaat lalu, seorang wanita terbunuh dan sekurang-kurangnya dua cedera dalam dua pengeboman berasingan disyaki perbuatan militan di tiga restoran di wilayah Pattani.

“Kami melakukan sedaya yang boleh. Kami akan cuba membawa keamanan dalam tempoh setahun,” tegas Menteri Pertahanan, Prawit Wongsuwan.

Beliau mendakwa serangan oleh pemberontak itu dilakukan sebagai membalas tindakan pihak berkuasa membuat beberapa penahan baru-baru ini.

“Serangan berlaku selepas polis berjaya menahan ramai orang, termasuk pemimpin yang terbabit dalam menghasut keganasan,” kata Prawit.


Kejadian berlaku ketika Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha mempamerkan keberkesanannya menangkis pemberontakan di Pattani, Yala dan Narathiwat di selatan Thai.

Kejadian itu kadangkala melimpah ke Wilayah Songkhla yang berdekatan, yang dibanjiri pelancong dari negara jiran, Malaysia.

Kerajaan Perdana Menteri yang disingkir, Yingluck Shinawatra pernah cuba untuk memulakan rundingan damai rasmi dengan kumpulan militan yang beroperasi di wilayah selatan pada 2013.

Rundingan itu disokong oleh kumpulan hak asasi manusia dan tokoh akademik tetapi tertangguh beberapa bulan sebelum kerajaan Yingluck terbabit dalam krisis politik yang berakhir dengan keputusan mahkamah mengarahkan Yingluck meletakkan jawatan pada 7 Mei lalu.

Pihak tentera merampas kuasa enam minggu kemudian pada 22 Mei. – REUTERS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori