Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

DBKL Bertindak Pemilik Kenderaan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan tindakan mengapit tayar...

Kehilangan Kakak Di 1...

MENGIMBAS kembali kenangan buruk yang berlaku pada pagi Aidilfitri tahun tahun lalu, aktres...

Vida Beauty Tangguh Sementara...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan penaja utama pasukan Kelantan,...

Hamil, Menyusu Anak Tak...

DIRINYA kini sarat mengandung tujuh bulan dan masih lagi menyusukan anak yang berusia...

Kereta Sport Bising AS Diharam Jejak Korea Selatan

SEOUL – Anggun, canggih, berkuasa. Tetapi apalah guna apabila enjin berbunyi bising dan padahnya, kereta sport mewah jenama terkenal Chevrolet model C7 Corvette Stingray diharamkan daripada diimport apatah lagi menjejakkan rodanya di bumi Korea Selatan.

Negara ginseng dan kimchi itu dilaporkan terpaksa berbuat demikian setelah kenderaan buatan Amerika Syarikat itu tidak lulus tahap ujian bising standard Korea Selatan hanya kerana deruman jentera LT1, V8, 450 TK disahkan terlalu tinggi kadar kebingitannya.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Chevrolet Korea Selatan, Sergio Rocha ketika ditanya wartawan pada acara uji pandu khas untuk pengamal media tempatan mengemudi kereta model Aveo, Cruze dan Trax yang dibenarkan memasuki pasaran negara tersebut.

“Pelancaran generasi ketujuh Corvette terpaksa ditunda disebabkan peraturan ketat pihak berkuasa alam sekitar Korea Selatan dan saya berharap model ini dapat diimport dalam masa terdekat setelah jurutera Chevrolet menurunkan kadar kebisingan itu,” kata Rocha.

Pasaran kereta sport di negara yang majoriti rakyatnya amat patriotik dengan kenderaan jenama tempatan seperti Hyundai dan Kia itu sebenarnya masih kecil malah setakat ini cuma ada 12 unit Corvette generasi pertama sehingga keenam di Korea Selatan. – Agensi

Rakyat Korea Selatan masih berbangga dengan kenderaan jenama tempatan berbanding model import. – Gambar hiasan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori