Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelakon Cilik Sitkom ‘Everybody...

WASHINGTON: Sawyer Sweeten, yang terkenal sebagai salah seorang anak kembar lelaki dalam sitkom popular...

Elak Cukai, Pesohor Media...

BEIJING – Seorang bintang penstriman secara langsung popular dari China dikenakan denda berjumlah...

Garis Panduan Hukuman Pelajar...

JOHOR BAHRU - Proses penambahbaikan terhadap garis panduan kaedah hukuman terhadap pelajar sekolah...

Najib Tegas Namun Prihatin...

KUALA LUMPUR - Apabila berdepan masa sukar, perlu bertahan, kuatkan semangat dan harungi...

Kes Liwat II, Majoriti Undi Anwar Bersalah Liwat Saiful

Selepas tamat prosiding rayuan kes liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hari Jumaat lepas, ramai masih lagi percaya bahawa Anwar yang juga Ketua Pembangkang bersalah dalam kes itu.

Dalam satu undian yang dibuat di laman web Mynewshub.cc sebanyak 736 undi atau 54 peratus daripada keseluruhan 1,366 menyatakan Anwar bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.

Sebanyak 492 undi iaitu 36 peratus pula mengatakan Anwar tidak bersalah dalam tuduhan itu manakala 138 undi iaitu 10 peratus tidak mahu ambil kisah akan kes berkenaan.

BACA – Liwat II : 57 Peratus Mengundi Anwar Bersalah

Pada sesi kelmarin, Ketua Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam hujahnya berkata hanya beg plastik berisi 12 bekas sampel yang diambil daripada Mohd Saiful dibuka oleh pegawai penyiasat dalam kes itu dan bukan bekas yang mengandungi calitan daripada rektum mangsa.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu berkata Supt (bersara) Jude Blacious Pereira mematuhi Peraturan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) apabila semua barang kes disimpan dalam sampul berasingan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia.

Beliau berkata semasa pemeriksaan utama, Pereira telah menjelaskan perkara itu secara terperinci dan tidak pernah cuba untuk menyembunyikan tindakannya seperti didakwa pihak pembela.

“Apa yang beliau lakukan sebenarnya mematuhi betul-betul apa yang dikehendaki di bawah IGSO dengan meletakkan setiap bekas dalam sampul berasingan dan menandakan sampul-sampul itu.

TinjauanAnwar

“Beliau tidak membuat apa-apa penandaan pada bekas itu atau membukanya kerana ia telah dimeterai oleh Dr Siew Sheue Feng dan doktor itu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menandatangani pada cap setiap satu daripada bekas itu, ” kata Muhammad Shafee.


Kerana penjelasan dan hujah yang teratur dalam kes pendakwaan membuatkan masih ramai yang yakin Anwar memang bersalah dalam kes itu.

Para penyokong Anwar juga pada hari keempat itu, dilihat sudah tidak ramai berkumpul di luar perkarangan Istana Kehakiman yang menempatkan Mahkamah Persekutuan sehingga suasananya nampak lengang.

Apapun, perbicaraan rayuan akan terus disambung esok dan ada kemungkinan ia akan berlanjutan sehingga Selasa. Ia adalah kerana pada Jumaat lepas, Muhammad Shafee baru selesai menyampaikan kira-kira 20 peratus kandungan hujahnya.

Prosiding ini bakal menentukan nasib Anwar sama ada terus dipenjara, ditambah hukuman ataupun dibebaskan dari tuduhan liwat yang dihadapainya.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas, telah menerima rayuan pasukan pendakwaan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Anwar mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Bagi Anwar, belum pun selesai prosiding beliau sudah dengan angkuh dan berani berkata beliau akan dibebaskan Selasa depan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

  • Lagi berita berkaitan:
  • Liwat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori